Page 159 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 159

Ketenteraan

                  e.  Eksesais Perwira Muda. Eksesais ini telah dilaksanakan bermula 3 hingga 8 Mac 2022
                      dengan penglibatan seramai 10 orang Pegawai, tujuh orang anggota Lain-lain Pangkat
                      (LLP)  dan  75  orang  Pegawai  Kadet.  Eksesais  ini  merupakan  satu  penganugerahan
                      kepada Pegawai Kadet yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam akademik dan
                      mempamerkan mutu disiplin yang tinggi. Eksesais ini bertujuan untuk memberi motivasi,
                      menambahkan ilmu pengetahuan dan menyuntik semangat Pegawai Kadet agar sentiasa
                      cemerlang sejajar dengan konsep 3A iaitu Academic, Attitudes dan Attributes. Konsep
                      eksesais merangkumi tiga elemen iaitu lawatan ke Pangkalan Tentera, aktiviti riadah dan
                      Program Jiwa Murni. Antara tempat lawatan dan aktiviti riadah bagi eksesais ini adalah
                      seperti berikut:
                      i)   Pangkalan Udara (PU) Butterworth.
                      ii)   Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja.
                      iii)  Markas Wilayah Laut 3 (MAWILLA 3).
                      iv)  Hutan Lipur Bukit Ayer.
                      v)   Gua Kelam.
                      vi)  Padang Besar.

              8.  Pentauliahan Pegawai Kadet. Istiadat Pentauliahan Pegawai Kadet bagi tahun 2022 telah
                  dilaksanakan pada 8 Oktober 2022 yang telah disempurnakan oleh KDYMM Tengku Mahkota
                  Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah
                  Shah Pemangku Raja Pahang. Istiadat ini melibatkan seramai 310 Pegawai Kadet ALK, 224
                  Pegawai Kadet Graduan ATD, 48 Pegawai Kadet Graduan KDSI I dan 60 Pegawai Kadet
                  ATU-SLP. Istiadat ini merupakan satu simbolik kepada Pegawai Kadet yang telah berjaya
                  menamatkan pengajian akademik di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan
                  lulus latihan ketenteraan di Akademi Latihan Ketenteraan dan Kolej-kolej Perkhidmatan yang
                  dilaksanakan. Istiadat ini merangkumi 3 fasa utama iaitu:
                  i)  Fasa 1 - Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja di Dataran Panglima Tentera Darat.
                  ii)  Fasa 2 - Acara Sembah Kenal Pegawai Kadet di Wisma Perwira Tentera Darat.
                  iii)  Fasa 3 - Istiadat Pengurniaan Watikah Tauliah di Dewan Tun Templer.





































                158   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164