Page 162 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 162
Ketenteraan
b. Skala Pakaian Pegawai Kadet. Terdapat lima jenis pakaian Pegawai Kadet mengikut
skala yang telah ditetapkan. Pakaian tersebut adalah seperti berikut:
i) Pakaian No 1 (Parade Jacket). Pakaian ketika upacara Perbarisan Pentauliahan Diraja.
ii) Pakaian No 3 (Darat, Laut dan Udara). Pakaian ketika waktu Kelas Akademik dan
Latihan Kawad.
iii) Pakaian No 5 (Loreng). Pakaian ketika Latihan Ketenteraan dan Kelas Akademik
pada setiap hari Khamis.
iv) Pakaian Sukan. Pakaian ketika menjalani aktiviti sukan.
v) Baju Kebangsaan Hitam. Pakaian ini dipakai ketika majlis tahlil pada malam
Jumaat (Kompeni Bertugas/COD) dan majlis-majlis agama yang lain.
12. Pakaian Lain. Pakaian-pakaian lain yang dipakai oleh Pegawai Kadet adalah seperti berikut:
i) Pakaian Outing. Pakaian Planters bertali leher dipakai semasa Pegawai Kadet keluar
daripada kem. Bagi Pegawai Kadet Tahun Akhir (ZULU) akan memakai Planters berwarna
bebas dan bertali leher.
ii) Blazer. Pakaian ini akan ditempah apabila Pegawai Kadet memulakan pengajian di
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Tempahan dibuat melalui Wisma Pegawai
Kadet dan dipakai atas keperluan aktiviti Pegawai Kadet.
13. Infrastruktur Gunasama. Oleh kerana ALK tidak mempunyai kemudahan latihan ketenteraan
sendiri, latihan ketenteraan dijalankan dengan cara gunasama kemudahan bersama UPNM.
Kemudahan-kemudahan tersebut adalah seperti berikut:
i) Padang bola sepak, hoki dan ragbi.
ii) Kolam renang.
iii) Lapang Sasar Elektronik. Lapang sasar 10 Meter Air Rifle di bawah kelolaan UPNM dan
penggunaan perlu mendapat kebenaran Pusat Sukan, UPNM.
iv) Kawasan Latihan Medan. Latihan medan Pegawai Kadet boleh dan pernah dilaksanakan
di Kem Kongkoi, Jelebu, Negeri Sembilan yang dahulunya di bawah tanggungjawab MK 1
Bgd. Sebarang aktiviti perlu dikoordinasi dengan UPNM.
v) Pondok Skuad. Terdapat enam buah pondok skuad yang dibina bersebelahan dengan
gelanggang tenis UPNM. Fasiliti digunakan semasa kelas ketenteraan seperti LKU dan
LKP melibatkan Pegawai Kadet seperti Kelas Senjata dan Kelas Ilmu Medan Perang
(IMP) serta sebarang Kelas Ketenteraan.
vi) Ruang Kelas bagi Pelajaran Teori Subjek Ketenteraan. Kelas teori latihan ketenteraan
diadakan di Dewan Bestari, Dewan Pendekar, Dewan Lestari, DTT dan Auditorium ALK.
14. Infrastruktur Sukan UPNM. UPNM mempunyai kemudahan empat buah gelanggang tenis,
dua buah gelanggang futsal dan bola baling.
15. Bangunan Gimnasium ALK. Digunakan oleh staf dan Pegawai Kadet untuk acara-acara
sukan di ALK. Antara kemudahan gelanggang yang terdapat di Bangunan Gimnasium adalah
Futsal, Badminton, Bola Jaring, Bola Baling, Sepak Takraw dan Ping Pong.
16. Gimnasium ALK. Kemudahan yang terdapat di ALK untuk digunakan oleh staf dan Pegawai
Kadet. Penggunaan Gimnasium adalah dibawah pemantauan oleh JL Jasmani ALK.
WISMA PEGAWAI KADET (WPK)
17. Keahlian. Semua Pegawai Kadet a dalah ahli Wisma Pegawai Kadet Akademi Latihan
Ketenteraan. Ahli Jawatankuasa Wisma akan dilantik oleh ahli-ahli semasa Mesyuarat Agong
Wisma. Satu Pegawai berpangkat Mejar setaraf dilantik sebagai Pengurus Wisma Pegawai
Kadet bagi memantau dan memberikan bimbingan kepada Pegawai Kadet dari aspek
pengurusan wisma.
LAPORAN TAHUNAN 2022 161
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia