Page 156 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 156

Ketenteraan

                     c.  Sistem  Kawalan  Pegawai  Kadet.  Bagi  memudahkan  semua  pentadbiran  dibuat
                        secara  sistematik,  sistem  kawalan  melalui  Perintah  Bahagian  Pertama  (PERBAH  1)
                        Pegawai Kadet diwujudkan. PERBAH 1 Pegawai Kadet dikeluarkan secara bulanan oleh
                        Bahagian Latihan Ketenteraan (BLK) dan seterusnya akan diagihkan ke setiap Kompeni.
                        Pemantauan dan pelaksanaan arahan seterusnya dilaksanakan oleh Jurulatih Bertugas
                        (JLB) setiap kompeni.
                     d.  Komp  Afiliasi.  Setiap  Komp  dipertanggungjawab  kepada  setiap  fakulti  di  UPNM.
                        Fakulti yang terlibat mengikut jurusan yang diambil oleh Pegawai Kadet. Komp Afiliasi
                        bertanggungjawab sebagai penghubung antara ALK dengan UPNM berkaitan semua
                        perkara yang melibatkan akademik. Pecahan Komp Afiliasi adalah seperti di Jadual 27:

                  Jadual 27:        Pecahan Komp Afiliasi

                  Siri                   Kompeni                                    Fakulti

                   1.        Kompeni Hang Tuah dan Hang Lekiu                  Fakulti Kejuruteraan
                   2.       Kompeni Hang Jebat dan Hang Nadim           Fakulti Sains Teknologi Pertahanan

                   3.        Kompeni Hang Kasturi dan Tun Perak                 Fakulti Perubatan
                   4.         Kompeni Hang Lekir dan Tun Teja            Fakulti Pengajian dan Pengurusan
                                                                                  Pertahanan


                     e.  Rutin Harian. Rutin harian Pegawai Kadet dibahagi kepada 2 iaitu waktu Akademik dan
                        Latihan Ketenteraan. Rutin harian adalah seperti berikut:
                        i)   Waktu Akademik. Waktu akademik bagi Pegawai Kadet adalah pada setiap hari
                             Isnin hingga Jumaat.
                        ii)   Waktu Ketenteraan. Waktu ketenteraan bermula hari Jumaat petang (TTS) hingga
                             hari Ahad (LKU). Namun ianya bergantung kepada jadual yang dikeluarkan oleh
                             Bahagian Latihan Ketenteraan (BLK).
                     f.   Rutin Harian Pegawai Kadet. Rutin harian melibatkan Pegawai Kadet telah dikaji semula
                        dan  ditambahbaik  berkuatkuasa  Tahun  2022  bagi  mengimbangi  keperluan  akademik
                        dan Latihan Ketenteraan melibatkan Pegawai Kadet. Rutin harian Pegawai Kadet adalah
                        seperti disertakan di Lampiran.

                 6.  Latihan Ketenteraan Luar Negara. Terdapat Pegawai Kadet yang ditaja oleh Angkatan
                     Tentera  Malaysia  (ATM)  dan  Perkhidmatan  bagi  mengikuti  Latihan  Ketenteraan  di  Pusat
                     Latihan Ketenteraan luar negara pada Tahun 2022. Senarai Pegawai Kadet yang mengikuti
                     Latihan Ketenteraan luar negara pada Tahun 2022 adalah seperti di Jadual 28:

                  Jadual 28:        Senarai Pegawai Kadet Mengikuti Latihan Ketenteraan Luar Negara Pada Tahun 2022

                 Siri         No. Pangkat dan Nama                       Pusat Latihan             Catatan
                  1. 3015220 PK Ali Imran bin Zamri            Royal Military College (RMC), Duntroon,
                                                                            Australia
                  2. 3015544 PRM Danial Asri bin Mohd Supian   Royal Military College (RMC), Duntroon,
                                                                            Australia
                  3. 3015256 PRKB Muhammad Hazmi bin          New Zealand Army Regular Force Officer
                     Muhamad Hafiz Wang                          (NZA RFO), Waiouru, New Zealand
                  4. 3015567 PK LKTA Mohamad Haikal bin Rosli  Royal Military Academy (RMA), Sandhurst,
                                                                         United Kingdom




                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  155
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161