Laporan Tahunan UPNM 2020

68 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa PROGRAM-PROGRAM DALAM TALIAN BERTEMAKAN KESIHATAN MENTAL DAN FIZIKAL PELAJAR Pandemik Covid-19 yang melanda negara telah mengakibatkan perubahan meluas kepada pelaksanaan aktiviti pelajar dan pengendalian pengajaran dan pembelajaran. Program-program aktiviti pelajar dan pengajaran dan pembelajaran yang sebelum ini dilaksanakan secara bersemuka terpaksa dijalankan secara dalam talian. Cabaran baharu ini perlu digalas oleh pihak penganjur programdan pusat pengajian. Kaedah ini memaksa pelajar-pelajar mengadaptasi dengan kaedah baharu ini disamping menangani cabaran belajar dan beraktiviti dari rumah dengan tiada ruang belajar, kekangan capaian internet, berkongsi peranti dengan ahli keluarga, serta terganggu dengan aktiviti ahli keluarga dirumah yang kurang kondusif. Ini sedikit sebanyak impak kepada kesihatan mental pelajar dan mengakibatkan segelintir mereka mengalami kemurungan dan keresahan. Lantaran itu, JHEPA melalui Pusat Kaunseling, Kerjaya dan Alumni telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program-program kesihatan mental dan fizikal pelajar secara dalam talian. Sebanyak 20 buah program telah dinyatajadikan dengan kehadiran penceramah-penceramah, motivator, influencer dan alumni-alumni UPNM bagi memberi sokongan moral, pendidikan dan kepentingan penjagaan kesihatan. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 68 07/03/2022 11:45 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz