Laporan Tahunan UPNM 2020

67 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa Pegawai-Pegawai Kanan Unviersiti, PensyarahPensyarah Fakulti dan Pegawai-Pegawai Universiti. Bacaan Ikrar dan Angkat Sumpah diketuai oleh Pegawai Kadet Muhammad Amir Safwan Bin Muhammad Fahmi Shazwan, Yang Dipertua (YDP) MPP diikuti dengan barisan ahli MPP UPNM. Dalam majlis tersebut Naib Canselor telah menyampaikan amanat kepada barisan MPP agar menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin dan menjaga kebajikan pelajar serta memperkasakan budaya Sayangi UPNM di kalangan pelajar UPNM. FESTIVAL NASYID PERINGKAT IPTA & IPTS (FESNAIS) 2020 Kumpulan Nasyid In-Voices UPNM telah menyertai Festival Nasyid Peringkat IPTA & IPTS (FESNAIS) pada 14-16 Februari 2020 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM. Tujuan festival ini diadakan adalah untuk memperluas dakwah Islamiyyah menerusi medium yang menarik dan moden, mengasah daya pemikiran kreatif dalam kalangan peserta dan menyediakan platform mencungkil dan menggilap bakat individu. Kumpulan Nasyid In-Voices berjaya menjadi Johan dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.00 beserta trofi dan merangkul Anugerah Vokal Emas. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 67 07/03/2022 11:45 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz