Laporan Tahunan UPNM 2020

66 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa 4aktiviti dan pencapaian mahasiswa PROGRAM MENYANTUNI DAN PENGAGIHAN BANTUAN MAKANAN KEPADA PELAJAR DALAM DAN LUAR KAMPUS SEPANJANG TEMPOH PKP Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UPNM telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan bantuan makanan untuk keperluan pelajar-pelajar dalam kampus dan luar kampus. Tujuan program ini diadakan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar-pelajar terpelihara walau di mana sahaja mereka berada di dalam kampus atau luar kampus. Bantuan makanan yang diberi adalah berbentuk makanan kering seperti biskut, roti, milo dan mi segera bagi pelajar-pelajar dalam kampus manakala untuk pelajar-pelajar luar kampus pula seperti beras, minyak masak, telur dan sardin. MAJLIS BACAAN IKRAR DAN ANGKAT SUMPAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (MPP UPNM) SESI 2019/2020 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan Majlis Bacaan Ikrar dan Angkat Sumpah bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2019/2020 pada 16 Januari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori. Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Hj Abdul Halim bin Hj Jalal, Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Komandan Akademi Latihan Kententeraan, Pegawai-Pegawai Pengurusan Universiti, Dekan-Dekan Fakulti, Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 66 07/03/2022 11:45 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz