Laporan Tahunan UPNM 2020

128 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penyelidikan dan Inovasi LAWATAN DARIPADA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT (BPM), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DAN PASUKAN WHITE HACKER KPM KE PUSAT KESELAMATAN SIBER (PKS) UPNM, 4 Ogos 2020 - Pusat Keselamatan Siber (PKS) telah menerima lawatan daripada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Pasukan White Hacker KPM. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pembelajaran kepada ahli Pasukan White Hacker KPM terhadap pengurusan dan operasi keselamatan siber yang dilaksanakan oleh PKS. Ini juga memberikan peluang kepada PKS untuk mengenalpasti potensi kerjasama dan menjalankan hubungan erat dengan pihak KPM. Delegasi KPM seramai enam (6) orang pegawai telah di bawa untuk melawat Makmal Forensik Siber dan Makmal Keselamatan Sistem dan Rangkaian untuk penerangan dan melihat operasi keselamatan siber yang dijalankan. Turut hadir semasa lawatan tersebut adalah Pn Noraidah binti Supangat, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Keselamatan, Risiko & Pematuhan ICT, Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM dan Prof Madya Mohd Hazali bin Mohamed Halip, Pengarah Pusat Keselamatan Siber, UPNM. RAPTAI PEMBENTANGAN PERTAMA KERTAS KERJA SKIM GERAN PENYELIDIKAN TRANSDISIPLINARI (TRGS) FASA 1/2020 Penganjuran program Raptai Pembentangan Pertama Kertas Kerja Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) Fasa 1/2020 telah diadakan pada 07 Ogos 2020 (Jumaat) bertempat di Bilik Sipadan, Pusat Marin, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk: i. Meningkatkan kualiti pembentangan bagi projek TRGS selaras dengan piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). ii. Memberikan pendedahan kepada penyelidik berkenaan konsep pembentangan kertas cadangan TRGS yang lebih menarik minat penilai dengan kehadiran panel penilai geran KPT semasa program dilaksanakan. iii. Mengenalpasti aspek kekurangan dan kelemahan pembentangan proposal sedia ada dari penyelidik serta memurnikan pembentangan berdasarkan ulasan panel penilai geran KPT semasa bengkel dilaksanakan. iv. Mempertingkatkan kemahiran membentangkan proposal untuk geran TRGS. Program ini dihadiri oleh seorang panel penilai geran KPT iaitu Profesor Dr. Che Hassan bin Che Haron dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pihak penyelidik yang terlibat dengan program ini dapat Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 128 07/03/2022 11:48 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz