Laporan Tahunan UPNM 2020

127 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penyelidikan dan Inovasi risiko pekerjaan yang spesifik bagi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Semenanjung Malaysia, khususnya berkaitan risiko ketika menjalani latihan dan melaksanakan operasi di lapangan. Skop kajian termasuklah melakukan tinjauan ke fasiliti Akademik Bomba dan Penyelamat Malaysia, meneliti sistem pengurusan risiko dan insiden JBPM, mengenal pasti spektrum risiko yang dihadapi anggota JBPM, mengenal pasti amalan budaya keselamatan di kalangan anggota JBPM serta mencadangkan penambahbaikan yang bersesuaian untuk diadaptasi oleh pihak JBPM. Selain dari profil risiko tersebut, antara output sasaran lain penyelidikan kontrak ini adalah penerbitan kertas penyelidikan bagi Journal of Occupational Safety and Health (JOSH) dan penganjuran satu program pemindahan ilmu (KTP) dan/atau pembangunan sumber manusia bagi kakitangan NIOSH dan pihak berkepentingan yang lain. Hasil penyelidikan ini juga dijangka akan bermanfaat bagi penambahbaikan pengurusan risiko pekerjaan di kalangan agensi-agensi tindak balas bencana dan kecemasan lain di Malaysia. PROGRAM STEM, PUSAT KESELAMATAN SIBER (PKS) STEM PKS, Julai - Oktober 2020 - Pusat Keselamatan Siber (PKS) telah berkesempatan untuk menganjurkan program berkaitan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) walaupun negara dan dunia sedang mengalami penularan wabak COVID-19 di sepanjang tahun 2020. Antara program yang berjaya dilaksanakan adalah; 1) Program STEM PKS menggunakan ‘BBC micro:bit’ pada 15 Julai 2020 di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat (SKPTD) Sungai Besi, 2) Program STEM PKS ‘Learn Python Coding for Kids’ pada 18 Ogos 2020 di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur dan 3) Program STEM PKS ‘Arduino’ pada 2 Oktober 2020 di Sekolah Kebangsaan Sega, Rantau, Negeri Sembilan. Objektif utama program STEM ini adalah untuk membantu pelajar sekolah rendah dengan menyasarkan pelajar sekolah rendah Tahap Dua bagi membina asas yang kukuh dalam bidang Matematik, Sains dan Teknologi, Rekabentuk serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui pengalaman hands-on atau penyelidikan dan sekaligus menarik minat para pelajar untuk menyambung pengajian di Universiti khususnya di UPNM. Seramai 60 orang pelajar sekolah rendah secara kolektif telah menyertai program STEM PKS ini, manakala tenaga pengajar dan fasalitator PKS adalah terdiri daripada Felo Penyelidik, Pembantu Penyelidik Siswazah dan mahasiswa UPNM. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 127 07/03/2022 11:48 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz