Laporan Tahunan UPNM 2020

126 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penyelidikan dan Inovasi sebagai Moderator. Sesi webinar ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang awam mengenai pendekatan yang diambil bagi pengurusan wabak ini, tetapi juga berkenaan cabaran yang sedang dan bakal dihadapi dalam masa terdekat, serta penambahbaikan yang perlu diambil oleh semua kementerian dan agensi yang terlibat bagi memastikan Malaysia akan pulih sepenuhnya dari wabak ini. WEBINAR PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19 DI TASKA DAN TADIKA PASCA PKP Susulan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri di Malaysia, pelbagai aktiviti telah diteruskan kembali bermula 10 Jun 2020. Ini termasuklah operasi Taman Asuhan KanakKanak (TASKA) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA). Memandangkan kanak-kanak adalah antara populasi berisiko tinggi untuk dijangkiti dan seterusnya menularkan virus COVID-19, Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan TASKA Al-Fateh, Jabatan Pendaftar UPNM telah menganjurkan satu sesi webinar bertajuk “Pencegahan Penularan COVID-19 di TASKA dan TADIKA Pasca PKP” pada 15 Julai 2020. Tujuan utama webinar ini dianjurkan adalah bagi meningkatkan kesedaran umum terutamanya ibu bapa berkenaan pendekatan, strategi, peranan dan hak semua pihak berkaitan pengurusan kanak-kanak di TASKA dan TADIKA di bawahseliaanKementerianPembangunanWanita, Keluarga dan Masyarakat di seluruh negara. Bagi perkongsi maklumat dan peningkatan kesedaran ini, dua panel telah dijemput iaitu Dr. Saidatul Norbaya binti Buang dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Puan Hartini binti Abdul Halim dari Cawangan Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Webinar ini telah disertai oleh moderator Encik Ahmad Nabil Amin bin Mohd Lazim dari Jabatan Pendaftar UPNM. Sehingga penghujung Disember 2020, video webinar ini telah mencatat lebih 800 tontonan di laman Facebook Jabatan Pendaftar UPNM. PROJEK PENYELIDIKAN KONTRAK “RISK PROFILING OF FRDM’S PERSONNEL IN PENINSULAR MALAYSIA” Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR) telah ditawarkan dana penyelidikan bernilai RM99,900.00 oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bagi projek bertajuk “Risk Profiling of FRDM’s Personnel in Peninsular Malaysia” pada 24 Jun 2020. Projek penyelidikan kontrak ini telah bermula secara rasminya pada 1 Julai 2020, dan dijangka tamat pada 31 Disember 2021. Objektif utama kajian adalah untuk menghasilkan profil Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 126 07/03/2022 11:48 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz