Laporan Tahunan UPNM 2020

125 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penyelidikan dan Inovasi LAWATAN KERJA KE INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN (STRIDE), KAJANG SELANGOR Pusat Pentropikalan (CENTROP) dan Pusat Penyelidikan Pertahanan Kimia (CHEMDEF) telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kajang, Selangor pada 13 Mac 2020 yang lalu. Lawatan ini merupakan lawatan susulan daripada lawatan kerja yang pernah diadakan pada tahun 2019 di mana pihak CENTROP dan CHEMDEF telah mengenalpasti potensi projek yang dapat dijalankan bersama. Tujuan lawatan ini diadakan bagi membincangkan idea awal mengenai penyelidikan berkaitan sabun dan antidot. Semasa sesi perbicangan ini juga, beberapa potensi penyelidikan di bidang pertahanan dan keselamatan turut dikenalpasti dan boleh dibuat kerjasama pada masa akan datang. Hasil daripada lawatan ini, sampel sabun yang telah berjaya dihasilkan oleh penyelidik STRIDE dibawa pulang ke UPNM untuk dianalisa bagi penambahbaikan produk penyelidikan sedia ada. Hasil dapatan ini seterusnyadapat dimanfaatkanuntukpenyelidikan bagi menghasilkan agen dekontaminasi senjata kimia yang diperbuat daripada sabun. WEBINAR CABARAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA 23 Jun 2020 - Webinar cabaran pengurusan Covid-19 di Malaysia merupakan program kerjasamadiantaraPusatUndang-UndangTentera dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (CoMIHL) dan Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR). Objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai pengurusan dan pengurusan risiko Covid-19 di Malaysia. Kementerian dan agensi berkaitan berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam menguruskan kawalan pengerakan dan wabak. Panel terdiri daripada En.Muhammad Hafiz Abdul Rahim Pengarah Pembangunan Kapasiti dan Advokasi, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Dr. Badrul Hisham bin Abd. Samad Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Sektor Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis & Kecemasan (DOCE), Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia, Prof. Dr. Mohd Cairul Iqbal bin Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dan Ts. Dr. Noor Afiza Razali Timbalan Pengarah, Pusat PengurusanPenyelidikandan Inovasi, UPNM Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 125 07/03/2022 11:48 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz