Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 140

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
139
Prestasi Kewangan
Kadar susutnilai adalah seperti berikut:-
Bangunan & Pembaikan Bangunan
2%
Kemudahan/Infrastruktur
10%
Kenderaan
20%
Perabot & Buku teks untuk rujukan
20%
Alat Kelengkapan yang lain
25%
e. Manfaat Pekerja
i.
Manfaat Jangka Pendek
Upah, gaji, bonus dan sumbangan keselamatan sosial dikira sebagai
perbelanjaan dalam tahun di mana perkhidmatan berkaitan
diberikan oleh pekerja. Pengumpulan gantirugi jangka pendek bagi
ketidak hadiran seperti cuti tahunan bergaji akan diambilkira apabila
perkhidmatan diberikan oleh pekerja di mana hak mereka terhadap
gantirugi ketidakhadiran di masa hadapan akan meningkat dan
gantirugi jangka pendek yang tidak dikumpulkan di atas ketidak
hadiran seperti cuti sakit akan dikira apabila ketidak hadiran berlaku.
ii.
Manfaat Jangka Panjang
Pengumpulan jangka panjang ganjaran ketidakhadiran seperti cuti
tahunan berbayar akan diambilkira apabila perkhidmatan telah
diberikan oleh pekerja yang mana telah meningkatkan hak mereka ke
atas ganjaran ketidakhadiran di masa hadapan.
iii.
Pelan Sumbangan Terancang
Seperti diperuntukkan oleh undang-undang, semua perbadanan
di Malaysia membuat sumbangan kepada skim pencen, kumpulan
wang simpanan pekerja. Sumbangan tersebut diambilkira sebagai
perbelanjaan di dalam Penyata Pendapatan apabila perbelanjaan
tersebut dilakukan.
f.
Liabiliti Cukai Pendapatan
UPNM adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan atas
pendapatannya di bawah perenggan 13 Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan
1967 kecuali bagi pendapatan dividen.
1...,130,131,132,133,134,135,136,137,138,139 141,142,143,144,145
Powered by FlippingBook