Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 139

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
138
Prestasi Kewangan
3.
DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING
a.
Asas Perakauanan
Penyata Kewangan UPNM disediakan berdasarkan konvensyen kos sejarah
dan mengikut piawaian perakaunan Private Entity Reporting Standards
(PERS) yangdiluluskan oleh Lembaga Piawaian PerakaunanMalaysia (MASB)
dengan pengubahsuaian dibuat mengikut kesesuaian peruntukan yang
telah ditetapkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1997.
b.
Pengiktirafan Pendapatan
i.
Pemberian kerajaan untuk belanja mengurus mengikut konvensyen
kos asal dan mengikut piawaian-piawaian yang diluluskan. Geran
kerajaan bagi belanja mengurus diakaunkan berdasarkan asas tunai.
Geran kerajaan untuk projek-projek penyelidikan diakaunkan didalam
Kumpulan Wang Penyelidikan. Geran Private Financing Initiative (PFI)
untuk projek-projek pembangunan diakaunkan di dalam Kumpulan
Wang PFI.
ii. Pendapatan Faedah dan Dividen
Pendapatan faedah dan dividen diiktiraf berasaskan akruan. Faedah
simpanan tetap daripada Tabung akan diagihkan sebagai pendapatan
tabung-tabung berkenaan, sekiranya pelaburan dibuat dari peruntukan
tabung tersebut. Bagi pelaburan simpanan tetap yang lain, pendapatan
diambilkira dalam Penyata.
ii. Pendapatan dari yuran dan lain-lain pendapatan tidak ada arahan
amanah khusus dianggap sebagai pendapatan Universiti.
iv. Yuran pengajian perlu dibayar setiap semester. Hanya yuran semester
yang berkaitan dengan tahun kewangan semasa diambil kira sebagai
pendapatan.
c.
Hartanah, Loji dan Peralatan
Hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos setelah ditolak susutnilai
terkumpul kecuali bagi tanah milik bebas. Pembelian harta modal yang
berharga RM3,000 dan ke atas bagi setiap unit manakala pembaikan
bangunan yang kosnya melebihi RM50,000 akan dipermodalkan.
d.
Susutnilai
Susutnilai Hartanah, Loji dan Peralatan dikira mengikut kaedah garis lurus
berdasarkan jangkaan hayat aset berkenaan dan dikenakan kepada
kumpulan masing-masing. Tanah hak milik bebas tidak dilunaskan.
1...,129,130,131,132,133,134,135,136,137,138 140,141,142,143,144,145
Powered by FlippingBook