Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 138

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
137
Prestasi Kewangan
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN - 31 DISEMBER 2009
1.
MAKLUMAT UMUM
a.
Penubuhan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan
penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai
organisasi yang menjalankan program pengajian diperingkat Sarjana
Muda dan latihan ketenteraan kepada pegawai kadet Angkatan Tentera
Malaysia (ATM). Pada 10 November 2006 ATMA telah diwartakan sebagai
UPNM melalui warta kerajaan P.U. (A) 400 bertarikh 9 November 2006.
b.
Aktiviti Utama
UPNM adalah sebuah Universiti yang mengkhusus dalam bidang
Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Pertahanan yang dapat diaplikasi
kepada aset pertahanan Negara seperti kapal tentera laut, pesawat udara
dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
2.
OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN
Dasar Universiti adalah untuk memastikan risiko pasaran risiko kredit dan risiko
kecairan diuruskan bagi menjaga kepentingan Universiti dan mengawal risiko
bagi memaksimumkan pulangan dan mengekalkan keutuhan kewangan
Universiti.
a.
Risiko Pasaran
Secara prinsipnya Risiko Pasaran wujud daripada perubahan harga
dalam ekuiti. Pelaburan dalam saham amanah dikelaskan sebagai
pelaburan jangka panjang dan pihak pengurusan akan memastikan
bahawa sebarang pelupusan saham akan mendapat pulangan yang
maksimum.
b.
Risiko Kredit
Risiko Kredit wujud bila sesuatu pendahuluan, sewaan atau yuran/caj
yang dikenakan dibuat secara kredit. Risiko Kredit dikawal dan diuruskan
dengan membuat penilaian dan pemantauan baki kredit bagi setiap
penghutang.
c.
Risiko Kecairan
Risiko Kecairan diambilkira untuk memastikan kecairan tunai memadai
bagi memenuhi tuntutan perbelanjaan dan pemiutang melalui langkah
kawalan kredit, penerimaan hasil dan geran.
1...,128,129,130,131,132,133,134,135,136,137 139,140,141,142,143,144,145
Powered by FlippingBook