117
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kadar susutnilai adalah seperti berikut:-
Bangunan & Pembaikan Bangunan
2%
Kemudahan/Infrastruktur
10%
Kenderaan
20%
Perabot & Buku teks untuk rujukan
20%
Alat Kelengkapan yang lain
25%
e.
Manfaat Pekerja
i.
Manfaat Jangka Pendek
Upah, gaji, bonus dan sumbangan keselamatan sosial dikira sebagai
perbelanjaan dalam tahun di mana perkhidmatan berkaitan diberikan oleh
pekerja. Pengumpulan gantirugi jangka pendek bagi ketidak hadiran seperti
cuti tahunan bergaji akan diambilkira apabila perkhidmatan diberikan oleh
pekerja di mana hak mereka terhadap gantirugi ketidakhadiran di masa
hadapan akan meningkat dan gantirugi jangka pendek yang tidak dikumpulkan
di atas ketidak hadiran seperti cuti sakit akan dikira apabila ketidak hadiran
berlaku.
ii.
Manfaat Jangka Panjang
Pengumpulan jangka panjang ganjaran ketidakhadiran seperti cuti tahunan
berbayar akan diambilkira apabila perkhidmatan telah diberikan oleh pekerja
yang mana telah meningkatkan hak mereka ke atas ganjaran ketidakhadiran di
masa hadapan.
iii.
Pelan Sumbangan Terancang
Seperti diperuntukkan oleh undang-undang, semua perbadanan di Malaysia
membuat sumbangan kepada skim pencen, kumpulan wang simpanan pekerja.
Sumbangan tersebut diambilkira sebagai perbelanjaan di dalam Penyata
Pendapatan apabila perbelanjaan tersebut dilakukan.
f.
Liabiliti Cukai Pendapatan
UPNM adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan atas pendapatannya di bawah
perenggan 13 Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967 kecuali bagi pendapatan dividen.
Prestasi Kewangan