Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 117

116
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
3.
DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING
a
.
Asas Perakauanan
Penyata Kewangan UPNM disediakan berdasarkan konvensyen kos sejarah dan
mengikut piawaian perakaunan Private Entity Reporting Standards (PERS) yang
diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) dengan
pengubahsuaian dibuat mengikut kesesuaian peruntukan yang telah ditetapkan oleh
Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1997.
b.
Pengiktirafan Pendapatan
i.
Pemberian kerajaan untuk belanja mengurus mengikut konvensyen kos asal
dan mengikut piawaian–piawaian yang diluluskan. Geran kerajaan bagi belanja
mengurus diakaunkan berdasarkan asas tunai. Geran kerajaan untuk projek
projek penyelidikan diakaunkan didalam Kumpulan Wang Penyelidikan. Geran
Private Financing Initiative (PFI) untuk projek-projek pembangunan
diakaunkan didalam Kumpulan Wang PFI.
ii.
Pendapatan Faedah dan Dividen
Pendapatan faedah dan dividen diiktiraf berasaskan akruan. Faedah simpanan
tetap daripada Tabung akan diagihkan sebagai pendapatan tabung-tabung
berkenaan, sekiranya pelaburan dibuat dari peruntukan tabung tersebut. Bagi
pelaburan simpanan tetap yang lain, pendapatan diambilkira dalam Penyata.
iii.
Pendapatan dari yuran dan lain-lain pendapatan tidak ada arahan amanah
khusus dianggap sebagai pendapatan Universiti.
iv.
Yuran pengajian perlu dibayar setiap semester. Hanya yuran semester yang
berkaitan dengan tahun kewangan semasa diambil kira sebagai pendapatan.
c.
Hartanah, Loji dan Peralatan
Hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos setelah ditolak susutnilai terkumpul
kecuali bagi tanah milik bebas. Pembelian harta modal yang berharga RM3,000
dan keatas bagi setiap unit manakala pembaikan bangunan yang kosnya melebihi
RM50,000 akan dipermodalkan.
d.
Susutnilai
Susuitnilai Hartanah, Loji dan Peralatan dikira mengikut kaedah garis lurus
berdasarkan jangkaan hayat aset berkenaan dan dikenakan kepada kumpulan masing-
masing. Tanah hak milik bebas tidak dilunaskan.
Prestasi Kewangan
1...,107,108,109,110,111,112,113,114,115,116 118,119,120,121,122,123
Powered by FlippingBook