Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 116

115
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN - 31 DISEMBER 2009
1.
MAKLUMAT UMUM
a.
Penubuhan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan
Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang
menjalankan program pengajian diperingkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan
kepada pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pada 10 November 2006
ATMA telah diwartakan sebagai UPNM melalui warta kerajaan P.U .(A) 400 bertarikh
9 November 2006.
b.
Aktiviti Utama
UPNM adalah sebuah Universiti yang mengkhusus dalam bidang Kejuruteraan, Sains
dan Teknologi Pertahanan yang dapat diaplikasi kepada aset pertahanan Negara seperti
kapal tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera
Malaysia (ATM).
2.
OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN
Dasar Universiti adalah untuk memastikan risiko pasaran risiko kredit dan risiko kecairan
diuruskan bagi menjaga kepentingan Universiti dan mengawal risiko bagi memaksimumkan
pulangan dan mengekalkan keutuhan kewangan Universiti.
a.
Risiko Pasaran
Secara prinsipnya Risiko Pasaran wujud daripada perubahan harga dalam ekuiti.
Pelaburan dalam saham amanah dikelaskan sebagai pelaburan jangka panjang dan
pihak pengurusan akan memastikan bahawa sebarang pelupusan saham akan mendapat
pulangan yang maksimum.
b.
Risiko Kredit
Risiko Kredit wujud bila sesuatu pendahuluan, sewaan atau yuran/caj yang dikenakan
dibuat secara kredit.Risiko Kredit dikawal dan diuruskan dengan membuat penilaian
dan pemantauan baki kredit bagi setiap penghutang.
c.
Risiko Kecairan
Risiko Kecairan diambilkira untuk memastikan kecairan tunai memadai bagi
memenuhi tuntutan perbelanjaan dan pemiutang melalui langkah kawalan kredit,
penerimaan hasil dan geran.
Prestasi Kewangan
1...,106,107,108,109,110,111,112,113,114,115 117,118,119,120,121,122,123
Powered by FlippingBook