Page 66 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 66

Hal Ehwal Akademik

              Pelajar Pascasiswazah

              Seramai 561 orang pelajar pascasiswazah telah mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat
              Diploma Pascasiswazah (180 orang), Sarjana (200 orang) dan Doktor Falsafah (181 orang) di
              UPNM pada tahun 2023.
              Perincian bilangan pelajar mengikut program pengajian adalah sebagaimana yang dinyatakan
              di Jadual 7.

               Jadual 7:           Perincian pelajar yang aktif mengikuti program bagi tahun 2023


                                                                       Bilangan Pelajar
              Bil.           Fakulti/ Pusat
                                                       Doktor     Sarjana      Sarjana       Diploma
                                                      Falsafah             (Kerja Khusus) Pascasiswazah
               1. Fakulti Kejuruteraan (FKJ)             43         53            6             0
               2. Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan   51       43           33             0
                  (FSTP)
               3. Fakulti Pengajian dan Pengurusan       66         35           13             0
                  Pertahanan (FPPP)
               4. Fakulti Perubatan dan Kesihatan         4          0            0             0
                  Pertahanan (FPKP)
               5. Akademi Kecergasan Pertahanan           7          4            0             0
                  (AKP)
               6. Pusat Bahasa (PB)                      10         13            0             0
               7. Institut Pengajian Eksekutif (NIEED)    0          0            0            180
                              Jumlah                     181        148          52            180
                     JUMLAH KESELURUHAN                                      561



              Diploma  Pascasiswazah  Pengajian  Strategi  dan  Pertahanan  (Program  UPNM  dengan
              kerjasama Maktab Turus Angkatan Tentera)
              Tempoh Pengajian                 :  Kohort 52 - Setahun (Jan 2023 – Jan 2024)

              Tenaga Pengajar                  :  UPNM dan MTAT

              Pusat Penyelarasan               :  Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd) dan Maktab
                                                 Turus Angkatan Tentera

              Badan Penganugerahan             :  Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
              Memorandum Perjanjian (MOA)  :  Kerajaan Malaysia (MTAT) dan Universiti Pertahanan
                                                 Nasional Malaysia pada 1 Januari 2018

              Program Diploma Pascasiswazah Pengajian Strategi dan Pertahanan (DPPSP) ditawarkan untuk
              pelajar-pelajar Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT). Program ini dikendalikan secara bersama
              dengan melibatkan gabungan kepakaran dan tenaga pengajar UPNM serta MTAT. Program ini
              dibangunkan khas untuk pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia serta anggota tentera
              negara asing, berpangkat Mejar dan ke atas.







              66   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
                   Laporan Tahunan 2023
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71