Page 62 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 62
Hal Ehwal Akademik
Diploma Pengurusan Logistik (DPL) dan Diploma Pentadbiran Perniagaan (DPP) (Program
UPNM dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia)
Tempoh Pengajian : a) Sepenuh Masa : 3 tahun (minima) dan 5 tahun (maksima)
b) Separuh Masa : 4 tahun (minima) dan 7 tahun (maksima)
Jenis Pengajian : Secara sepenuh masa dan separuh masa
Bahasa Pengantaraan : Bahasa Melayu
Kaedah Pengajian : Kerja kursus seperti kuliah, makmal, latihan amali, kerja
individu, kerja berkumpulan, pembentangan, penulisan
laporan, latihan industri, ujian dan peperiksaan.
Tenaga Pengajar : UPNM dan TLDM
Pusat Penyelarasan : Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd) dan Fakulti
Bekalan dan Pengurusan, KD PELANDOK, TLDM Lumut.
Badan Penganugerahan : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Memorandum Perjanjian (MOA) : Kerajaan Malaysia (TLDM) dan Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia pada 23 Disember 2015.
Di atas permintaan daripada TLDM, sebagaimana yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat
Lembaga Gabenor Pendidikan dan Latihan TLDM ke-62 pada 28 Jun 2012, TLDM telah memohon
kerjasama UPNM untuk membangunkan program di peringkat diploma khusus bagi menaikkan
kelayakan akademik anggota lain-lain pangkat. Sebagai permulaan, dua program telah dikenal
pasti iaitu Program Diploma Pengurusan Logistik (DPL) dan Diploma Pentadbiran Perniagaan
(DPP). Program ini dibuka kepada anggota TLDM sebaik sahaja tamat latihan asas Perajurit
Muda. Program kerjasama ini dijalankan sepenuhnya di KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut
termasuk sesi kuliah dan peperiksaan serta menggunakan kombinasi tenaga kepakaran daripada
pensyarah UPNM dan pegawai TLDM yang berkelayakan.
Laporan Tahunan 2023
62 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia