Page 38 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 38
Pencapaian dan Kejayaan UPNM
16 Jun 2023 | Pelancaran Buku Dasar dan Garis Panduan Program Kolaborasi Industri
UPNM
YBhg. Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM telah menyempurnakan Majlis
Pelancaran Buku Dasar Dan Garis Panduan Program Kolaborasi Industri UPNM bertempat di
Bilik Mesyuarat Senat.
Program Kolaborasi Industri atau Industrial Collaboration Program (ICP) adalah program yang
melibatkan aktiviti-aktiviti yang akan memberi nilai tambah ke atas sesuatu perolehan yang
dibuat oleh kerajaan dengan mengambil kira kos yang efektif.
Antara program ICP dalam bidang akademik yang telah dilaksanakan termasuklah Master in
Business Management (Defence & Security), Master in Science in Engineering (Aeronautics),
Master in Science Cyber Security And Management, Master in Maritime Technology, Master in
Information Security dan Master in Technology Management For Defence And Security.
Laporan Tahunan 2023
38 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia