Page 33 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 33
Pencapaian dan Kejayaan UPNM
10 Mei 2023 | Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat UPNM Tahun 2023
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023M/ 1444H yang dilangsungkan di Dewan Zulfaqar
telah disambut dengan penuh kemeriahan dan warna warni. Deretan gerai yang memperagakan
pelbagai jenis juadah kuih muih dan masakan tradisional seperti lemang, rendang, sate serta
kerlipan lampu yang menghiasi pentas utama dan dekorasi pancutan air menyerikan lagi suasana
sambutan.
Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian dari artis undangan dan staf UPNM. Walau
bagaimanapun, persembahan dari Pengurusan Tertinggi UPNM yang diketuai oleh YBhg. Lt Jen
Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM paling mencuri perhatian ramai.
Turut diumumkan pemenang Pertandingan Dekorasi Hari Raya Aidilfitri 1444H UPNM yang
diungguli oleh Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP), diikuti tempat kedua oleh
Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP) dan tempat ketiga dimenangi oleh Bahagian
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK).
Turut hadir sama memeriahkan YBhg. Tan Sri (Dr.) Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi
Lembaga Pengarah Universiti, staf dan para pelajar UPNM.
Laporan Tahunan 2023 33
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia