Page 144 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 144

PENGURUSAN
                                PROJEK



              PENGURUSAN PROJEK

              UPNM berhasrat bukan sahaja dikenali sebagai sebuah institusi ulung dalam bidang tujahannya
              tetapi juga sebagai universiti yang memiliki prasarana yang lengkap.
              Untuk memenuhi objektif tersebut, keperluan untuk menyediakan infrastruktur yang kondusif
              dan konklusif perlu diberi keutamaan dalam pelan pembangunan universiti.
              Untuk tujuan tersebut, tiga (3) pelan tindakan pembangunan telah dirangka iaitu:

              1.  Infrastruktur Pelengkap. Menyediakan infrastruktur pelengkap untuk universiti melaksanakan
                  fungsinya dengan lebih berkesan.

              Perkara ini akan diberi keutamaan di dalam permohonan peruntukan pembangunan akan datang.
              2.   Kemampanan  Infrastruktur.  Memastikan  infrastuktur  prasarana  sedia  ada  kondusif  untuk
                  digunakan  serta  meningkatkan  jangka  hayat  penggunaannya.  Oleh  yang  demikian,
                  penyelenggaraan terhadap infrastruktur perlu dilaksanakan secara berterusan.
              3.  Pengembangan. Merancang pembangunan infrastruktur untuk pengembangan Universiti.

              Projek Pembangunan UPNM Tahun 2023
              Untuk  tahun  2023,  peruntukan  pembangunan  yang  diluluskan  berjumlah  RM  9,343,000.00.
              Peruntukan  ini  adalah  untuk  menaiktaraf  prasarana  sedia  ada  serta  penyelenggaraan  fasiliti
              usang  merangkumi  menaik  taraf  Dewan  Senat,  menaiktaraf  kemudahan  laluan  berbumbung,
              pembaikan bumbung kolej kediaman pelajar dan mengecat bangunan yang telah usang.







































                   Kerja-kerja menaiktaraf Bilik Mesyuarat Senat Fasa 1 adalah Pelantikan Perunding Utama


              144  Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
                   Laporan Tahunan 2023
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149