Page 140 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 140
Kolaborasi Strategik dan Hubungan
Antarabangsa
4 3 Ogos 2023 (Hari Ketiga): Cultural Visit
Semua delegasi telah menyertai Cultural Visit bagi memperkenal dan mempromosi negara
Malaysia. Program ini melibatkan lawatan ke tempat-tempat terkemuka di sekitar Kuala
Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya seperti Masjid Negara, Monumen Mileneum, IOI
City Mall dan Pasar Seni (Central Market).
Penyertaan Persidangan 16 International Research Conference (IRC) 2023 di General Sri
th
John Kotelawala Defence University (KDU-IRC)
General Sir John Kotelawala Defence University, Sri Lanka (KDU SL) telah menjemput UPNM
untuk menyertai persidangan 16 International Research Conference (IRC) 2023 di General Sri
th
John Kotelawala Defence University (KDU-IRC). Persidangan ini adalah hasil kerjasama yang
termeterai di bawah MoU yang telah ditandatangani oleh KDU Sri Lanka dan UPNM. Delegasi
UPNM diketuai oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki Bin Muhammad, Naib Canselor UPNM diiringi
Prof. Ts. Dr. Hj. Azizi bin Hj. Miskon, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).
Penyertaan The 16 Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition, LIMA ‘23
th
Penyertaaan UPNM dalam 16 Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition, LIMA
th
’23 pada 23-27 Mei 2023 yang merupakan pameran terbesar Maritim dan Aeroangkasa di
Asia Pasifik, telah memperluaskan jenama UPNM sebagai sebuah UA yang bertujahan bidang
pertahanan dan keselamatan di persada industri sama ada dalam dan luar negara. UPNM telah
mempamerkan projek-projek penyelidikan yang berimpak tinggi dan turut menjalinkan kerjasama
Laporan Tahunan 2023
140 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia