Page 257 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 257

Penerbitan Ilmiah

                                          Judul: Pengurusan Bencana - Kajian Ketahanan dan Kesedaran
                                          Komuniti di dalam Persediaan Menghadapi Bencana Banjir
                                          ISBN: 978-967-2414-64-3

                                          Format/Bahasa: Bercetak/Bahasa Malaysia
                                          Pengarang:  Mohd  Juraimy  Kadir;  Ahmad  Azan  Ridzuan;  Zamri
                                          Ismail

                                          Ringkasan:  Bencana  yang  berlaku  kerapkali  tiada  amaran.
                                          Mangsa  utama  yang  terdedah  kepada  bahaya  bencana  yang
                                          berlaku adalah komuniti di kawasan terbabit. Komuniti itu sendiri
                                          seharusnya  mampu  bertindak  untuk  bertahan  dalam  tempoh
                                          sekurang-kurangnya selama 72 jam. Pengisian buku ini merupakan
                                          hasil penyelidikan yang telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik
                                          dari  Jabatan  Pengurusan  Sumber  Manusia  Pertahanan,  UPNM
                                          yang  memberi  tumpuan  kepada  penilaian  pengaruh  ketahanan
                                          komuniti  (hubungan,  kerjasama,  pendidikan,  kepimpinan  dan
                                          kesiapsiagaan)  terhadap  kesedaran  komuniti  dalam  persediaan
                                          menghadapi bencana dengan melibatkan 148 responden komuniti
                                          Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Selangor Darul Ehsan.








                                          Judul: Prinsip Pemasaran
                                          ISBN: 978-967-2414-27-8
                                          Format/Bahasa: Bercetak/Bahasa Malaysia

                                          Penulis: Zailin Zainal Ariffin; Noor Farhana Mangadi; Norsuhada
                                          Isa

                                          Ringkasan: Pergerakan pemasar ke arah pemasaran dibincangkan
                                          secara  terperinci  di  dalam  kelas,  tetapi  ironinya  masih  belum
                                          ditemui  rujukan  pemasaran  yang  berguna  yang  merangkumi
                                          amalan  pemasaran  tempatan  di  Malaysia  dan  negara-negara
                                          lain,  lebih-lebih  lagi  yang  diterbitkan  dalam  Bahasa  Melayu.
                                          Kurangnya ketersediaan buku pemasaran dalam Bahasa Melayu,
                                          maka buku ini diterbitkan. Contoh-contoh amalan syarikat terpilih,
                                          produk  dan  jenama  yang  terkemuka  dan  dikenali  dimasukkan
                                          untuk mendedahkan amalan pemasaran di persekitaran pasaran
                                          sebenar.  Kandungan  buku  ini  disusun  bagi  mengkaji  semula
                                          konsep,  prinsip  dan  amalan  pemasaran  dengan  lebih  mudah.
                                          Kajian kes sebenar yang berkaitan turut dimasukkan di akhir setiap
                                          bab untuk pemahaman yang lebih jelas serta memberi gambaran
                                          penyelesaian masalah daripada kajian kes tersebut.













                256   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   252   253   254   255   256   257   258   259   260   261   262