Page 255 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 255

Penerbitan Ilmiah

                                                                                     PENERBITAN ILMIAH


                                              PENERBIT UPNM

                                              Secara umumnya, Penerbit UPNM memegang misi menerbit
                                              dan menyebar terbitan para akademia UPNM dan karyawan
                                              lain sebagai penyumbang kepada penyebaran ilmu pertahanan
                                              dan keselamatan. Penerbit UPNM berhasrat menjadi sebuah
                                              Penerbit  Universiti  yang  terpandang  melalui  penghasilan
                                              karya-karya  ilmiah  yang  bermutu  tinggi  terutamanya  dalam
                                              bidang  pertahanan  dan  keselamatan.  Penerbit  UPNM
                                              merupakan ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

              Fungsi dan Peranan Penerbit UPNM
              4  Menjadi agensi setempat bagi semua urusan penerbitan ilmiah bermula daripada penerimaan
                  manuskrip, semakan, penyuntingan, susun atur, penerbitan master copy, mengatur penilaian
                  karya oleh pakar bidang, reka bentuk naskhah, reka bentuk grafik, penterjemahan, adaptasi
                  teks,  pendaftaran  ISBN/ISSN/PDP  sehinggalah  ke  urusan  percetakan  dan  pengedaran
                  karya-karya ilmiah dan penyelidikan.
              4  Menyelaras  dan  menganjurkan  latihan/seminar/kursus/klinik  yang  berkaitan  dengan
                  penerbitan  seperti  penyuntingan,  penterjemahan,  bengkel  karya  asli,  penulisan  makalah
                  jurnal, bengkel pruf dan klinik perundingan penerbitan karya-karya ilmiah.
              4  Mengumpul, menyebar dan menerbitkan maklumat berkenaan dengan aspek penerbitan.
              4  Membantu  mengurus  selia  kepada  aktiviti-aktiviti  berkaitan  penerbitan  seperti  Majlis
                  Syarahan Perdana, persidangan dan sebagainya.

              Platform Penjualan Buku:
              Shopee: https://shopee.com.my/penerbit@upnm
              E-Sentral: https://www.e-sentral.com/publishers/filter/7823
              FB: UPNM Press

              Whatsapp:
































                254   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   250   251   252   253   254   255   256   257   258   259   260