Page 59 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 59

Mahasiswa Berkualiti

              Pelajar Pascasiswazah

              Usaha promosi dalam tempoh pendemik sangat mencabar, perspektif promosi dalam menarik
              bakal pelajar untuk menyambung pangajian di UPNM menerusi Pusat Pengajian Siswazah
              (PPS)  telah  disesuaikan  dengan  penyertaan  yang  terhad  terutamanya  usaha  promosi
              secara bersemuka. Kerja-kerja promosi diarahkan kepada usaha pemantapan penyampaian
              maklumat program-program pengajian siswazah pada tahun 2020 menerusi publisiti secara
              digital melalui laman sesawang PPS dan capaian bahan bercetak seperti buku prospektus
              secara atas talian.
              Memandangkan bakal pelajar pascasiswazah sepanjang pendemik ini mencari maklumat
              berkenaan program-program siswazah ditawarkan di universiti secara atas talian, inisiatif
              telah diambil dengan memuat naik buku prospektus siswazah dalam laman sesawang PPS.
              Penambahbaikan  terhadap  laman  sesawang  PPS  juga  terus  dilakukan  dengan  memuat
              naik maklumat terkini bertujuan menarik bakal pelajar pascasiswazah. Diantaranya adalah
              maklumat  pegawai-pegawai  untuk  dihubungi.  Seramai  388  orang  pelajar  pascasiswazah
              telah mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma Pascasiswazah (165 orang),
              Sarjana (183 orang) dan Doktor Falsafah (40 orang) di UPNM pada tahun 2021.

              Statistik  pelajar  pascasiswazah  yang  aktif  bagi  tahun  2021  adalah  seramai  583  orang.
              Perincian  bilangan  pelajar  mengikut  program  pengajian  adalah  sebagaimana  yang
              dinyatakan di Jadual 6.

               Jadual 6:     Perincian Pelajar yang Aktif Mengikuti Program Bagi Tahun 2021


                                                                          Bilangan Pelajar
               Bil.             Fakulti/Pusat
                                                            Doktor Sarjana     Sarjana       Diploma
                                                           Falsafah         (Kerja Kursus)  Pascasiswazah
               1.          Fakulti Kejuruteraan (FKJ)         50      47         18             0
               2. Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP)  49   54         17             0
               3. Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan   49    24         90             0
                                   (FPPP)
               4.    Akademi Kecergasan Pertahanan (AKP)       9       4          0             0
               5.             Pusat Bahasa (PB)               10       11         0             0
               6.      Institut Pengajian Eksekutif (NIEED)    0       0          0            165

                               JUMLAH                         164     143        125           165
                       JUMLAH KESELURUHAN                                       597























              58   LAPORAN TAHUNAN 2021
                   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64