Page 51 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 51

Mahasiswa Berkualiti

              . MAHASISWA BERKUALITI































              Bahagian Pengurusan Akademik (BPA)
              Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) telah ditubuhkan selari dengan penubuhan Universiti
              pada tahun 2007. Objektif penubuhan BPA adalah untuk memastikan urusan pengambilan
              dan kemasukan pelajar, pendaftaran kursus, maklumat rekod, peperiksaan dan pengijazahan
              diuruskan  dengan  berkesan  seiring  dengan  matlamat  dan  objektif  Universiti.  BPA  juga
              merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam menyelaras dan melaksanakan segala
              dasar berkaitan hal ehwal akademik di UPNM dan menjadi urus setia bagi Mesyuarat Senat
              Universiti. UPNM ditubuhkan bagi melahirkan graduan tentera dan awam untuk keperluan
              keselamatan dan pertahanan negara.

              Program Pengajian yang ditawarkan
              Pada tahun 2021 terdapat 3 Program Asasi Pertahanan, 18 Program Sarjana Muda dan 4 Program
              Diploma yang ditawarkan di UPNM. Maklumat program tersebut adalah seperti berikut:
              1)  Program Pengajian Asasi Pertahanan
                 4 Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Z0470)
                 4 Asasi Pengurusan dan Strategi (Z0220)
                 4 Asasi Perubatan (Z0080)
              2)  Program Pengajian Diploma
                 4 Diploma Pentadbiran Perniagaan (Z2229)
                 4 Diploma Pengurusan Logistik (Z2280)
                 4 Diploma Kecergasan Pertahanan (Z2038)
                 4 Diploma Tahfiz dan Tafsir Al-Quran (Z2701)
              3)  Program Pengajian Sarjana Muda
                 4  Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) (ZC00)
                 4 Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas) (ZC20)
                 4 Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer) (ZC27)
                 4 Sarjana Muda Penyelidikan Operasi dengan Sains Data (ZC33)
                 4 Sarjana Muda Teknologi Maritim (ZG37)


              50   LAPORAN TAHUNAN 2021
                   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56