Page 130 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 130
Penyelidikan dan Inovasi
Pameran Penyelidikan Sempena Lawatan
Ulung Menteri Kanan Pertahanan ke
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Pada 5 Mac 2021 YB Dato’ Sri Ismail Sabri
bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan
telah membuat Lawatan Ulung ke Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Turut
hadir pada lawatan ini adalah Tan Sri (Dr.) Syed
Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga
Pengarah Universiti, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj
Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan
Tentera, Dato’ Seri Muez bin Abd Aziz,
Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan
Malaysia, Lt. Jen Dato’ Hasagaya bin Abdullah,
Naib Canselor UPNM serta Dr. Mohd Zabri bin
Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar),
Kementerian Pengajian Tinggi.
Pada lawatan ini YB Menteri telah diberikan
taklimat mengenai peranan dan aktiviti
utama universiti serta perhubungan strategik
UPNM dengan Kementerian Pertahanan
dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
UPNM memainkan peranan yang cukup
besar, bukan sahaja dalam melahirkan bakal
Pegawai Tentera yang akan menyertai ATM
bahkan memainkan peranan penting dalam
mempertingkatkan profesionalisma pegawai-
pegawai ATM yang sedang berkhidmat melalui
program-program akademik di peringkat
pasca siswazah dan program eksekutif.
Dalam aspek penyelidikan, UPNM sedang
menjalankan penyelidikan bersama dengan
Institut Penyelidikan Sains & Teknologi
Pertahanan (STRIDE), sebuah organisasi
penyelidikan di bawah Kementerian
Pertahanan serta disertai oleh ketiga-tiga
cabang perkhidmatan ATM. UPNM juga
sedang rancak menjalankan projek-projek
rundingan bagi Kementerian Pertahanan.
Sempena lawatan ini, YB Menteri Kanan
Pertahanan turut dibawa melawat ke simulator
kapal yang moden dan canggih serta meninjau
hasil penyelidikan oleh para penyelidik
universiti yang sedia untuk dikomersialkan.
UPNM akan terus meneroka peluang
kolaborasi dengan Kementerian Pertahanan
dan ATM dalam usaha pembangunan kapasiti
serta meneroka peluang penyelidikan lain
pada masa akan datang.
LAPORAN TAHUNAN 2020 129
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia