Page 129 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 129
Penyelidikan dan Inovasi
kepada teknologi import. Antara sasaran Sektor adalah Medical and Healthcare Technology,
Manufacturing, Agriculture, Education and Travel and Tourism. UPNM dengan kerjasama ARS
Sejahtera Sdn BHD telah berjaya memperoleh geran NTIS Sandbox 2 berjumlah RM 366,500.00.
Geran ini adalah untuk tempoh 12 bulan bermula dari Januari 2021. Sehubungan dengan itu,
satu sesi webinar telah dianjurkan oleh Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan
pada 29 Januari 2021 bagi berkongsi maklumat dan pengalaman bagi permohonan geran
NTIS. Prof Madya Kapt Syed Nasir Alsagoff Syed Zakaria (B) telah dijemput untuk berkongsi
pengalaman tersebut. Seramai 70 orang peserta telah mengikuti sesi webinar ini yang telah
diadakan dari jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.
Pameran Penyelidikan Sempena Lawatan
Kerja Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
ke Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM) pada 26 Februari 2021 telah
menerima lawatan kerja daripada YB Dato’
Mansor bin Othman, Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi. Turut hadir semasa lawatan
kerja berkenaan adalah YBhg. Lt Jen Dato'
Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor
UPNM, wakil-wakil daripada Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) serta Pengurusan
Tertinggi UPNM.
Sempena Lawatan kerja ini turut diadakan
pameran penyelidikan berkenaan produk
inovasi dan penyelidikan oleh para penyelidik
dan warga UPNM. Semasa sesi lawatan kerja
ini juga, YB Dato’ Mansor telah berpeluang
untuk beramah mesra dengan pelajar dan
Pegawai Kadet UPNM. YB Dato’ Mansor telah
menyampaikan sumbangan bantuan KPT
Prihatin berupa pemberian komputer riba
dan dermasiswa bernilai RM1, 000.00 seorang
kepada sebahagian para pelajar UPNM yang
memerlukan. Delegasi daripada KPT juga
berpeluang merasai sendiri pengalaman
berada di atas kapal dengan slot simulator
kapal oleh Pusat Maritim UPNM. Ini telah
memberi pendedahan kepada delegasi KPT
berkenaan fasiliti dan infrastruktur Universiti.
128 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia