Page 121 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 121
Ketenteraan
b. Blazer. Pakaian ini akan ditempah apabila PK memulakan pengajian di Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia. Tempahan dibuat melalui Wisma PK dan dipakai atas
keperluan aktiviti PK. National Defence University of Malaysia
12. Infrastruktur Gunasama. Oleh kerana ALK tidak mempunyai kemudahan latihan
ketenteraan sendiri, latihan ketenteraan dijalankan dengan cara gunasama kemudahan
bersama UPNM. Kemudahan-kemudahan tersebut adalah seperti berikut:
a. Padang bola sepak, hoki dan ragbi.
b. Kolam renang.
c. Abseiling Tower. Proses pembaikan tertakluk kepada Jabatan Pembangunan dan
Penyelenggaraan (JPP) UPNM.
d. Lapangsasar Elektronik. Lapangsasar 10 Meter Air Rifle dibawah kelolaan UPNM
dan penggunaan perlu mendapat kebenaran Pusat Sukan, UPNM.
e. Kawasan Latihan Medan. Latihan medan PK boleh dan pernah dilaksanakan di Kem
Kongkoi, Jelebu, Negeri Sembilan yang dahulunya di bawah tanggungjawab MK 1
Bgd. Sebarang aktiviti perlu dikoordinasi dengan UPNM.
f. Pondok Skuad. Terdapat 6 buah pondok skuad yang dibina bersebelahan dengan
gelanggang tenis UPNM. Fasiliti digunakan semasa kelas ketenteraan seperti LKU
dan LKP melibatkan PK seperti Kelas Senjata dan Kelas Ilmu Medan Perang (IMP)
serta sebarang Kelas Ketenteraan.
g. Ruang Kelas bagi Pelajaran Teori Subjek Ketenteraan. Kelas teori latihan ketenteraan
diadakan di Dewan Bestari, Dewan Pendekar, Dewan Lestari, DTT dan Auditorium
ALK.
13. Infrastruktur Sukan UPNM. UPNM mempunyai kemudahan empat (4) buah gelanggang
tenis, dua (2) buah gelanggang futsal dan bola baling.
14. Bangunan Gimnasium ALK. Digunakan oleh staf dan PK untuk acara-acara sukan di ALK.
Antara kemudahan gelanggang yang terdapat di gimnasium adalah Futsal, Badminton,
Bola Jaring, Bola Baling, Sepak Takraw dan Ping Pong.
15. Gimnasium ALK. Kemudahan yang terdapat di ALK untuk digunakan oleh staf dan PK.
Penggunaan gimnasium adalah dibawah pemantauan oleh JL Jasmani ALK.
WISMA PEGAWAI KADET (WPK)
16. Keahlian. Semua PK adalah ahli Wisma Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan.
Ahli Jawatankuasa Wisma akan dilantik oleh ahli-ahli semasa Mesyuarat Agong Wisma.
120 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia