Page 120 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 120

Ketenteraan

                    b.  Kesemua PK diwajibkan untuk menyertai latihan ini dan ia akan dinilai di setiap semester
                       pengajian sehingga PK tamat pengajian di UPNM. Pada tahun 2021, seramai 958 Pegawai
                       Kadet telah lulus berdasarkan gred mengikut semester pengajian seperti di Jadual 28:
                  Jadual 28:   Senarai Pegawai Kadet yang Telah Lulus Berdasarkan Gred Mengikut Semester Pengajian


                 Siri         Pengambilan             Gred      Tali Pinggang     Jumlah         Catatan
                  (a)              (b)                 (c)           (d)            (e)            (f)
                  1.              2021                  9           Putih           298

                  2.              2020                  8          Kuning           347
                  3.              2019                  7          Kuning           225
                  4.              2018                  2          Merah            79
                  5.              2017                  2          Merah             9

                                           JUMLAH                                   958
                 10. Logistik.
                    a.  Penginapan  Pegawai  Kadet.  Penginapan  Pegawai  Kadet  pada  tahun  2021  adalah
                       seperti di Jadual 29:

                  Jadual 29:   Penginapan Pegawai Kadet Pada Tahun 2021

                 Siri           Blok Penginapan                            Penginapan PK
                  (a)                 (b)                                        (c)

                  1.              Blok Kasturi                      PK Lelaki Tahun 2, 3, 4 dan ZULU
                  2.      Blok JP&P 34 dan Blok JP&P 35                    PK Lelaki Tahun 1
                  3.              Blok Srikandi                     PK Wanita Tahun 2, 3, 4 dan ZULU
                  4.              Blok JP&P 11                            PK Wanita Tahun 1
                  5.         Saville, Taman Melawati               Semua PK Perubatan Tahun 4 dan 5
                  6.              UKM, Bangi                          PK Jurusan Undang-Undang
                  7.              Blok JP&P 13                  PK Calon Luar Negara dan Proses Berhenti

                    b.  Skala  Pakaian  Pegawai  Kadet.  Sepanjang  tahun  2020,  terdapat  5  jenis  pakaian
                       Pegawai Kadet mengikut skala yang telah ditetapkan. Pakaian tersebut adalah seperti
                       berikut:
                       (1)  Pakaian No 1 (Parade Jacket). Pakaian ketika upacara Perbarisan Pentauliahan
                           Diraja.
                       (2)  Pakaian No 3 (Darat, Laut dan Udara). Pakaian ketika waktu Kelas Akademik
                           dan Latihan Kawad.
                       (3)  Pakaian No 5 (Loreng). Pakaian ketika Latihan Ketenteraan dan Kelas Akademik
                           pada setiap hari Khamis.
                       (4)  Pakaian Sukan. Pakaian ketika menjalani aktiviti sukan.
                       (5)  Baju Kebangsaan Hitam. Pakaian ini dipakai ketika tahlil pada malam Jumaat
                           (Kompeni Bertugas/COD) dan majlis-majlis agama yang lain.
                 11.  Pakaian Lain. Pakaian-pakaian lain yang dipakai oleh PK adalah seperti berikut:
                    a.  Pakaian Outing. Pakaian Planters bertali leher dipakai semasa PK keluar daripada kem.
                       Bagi PK Tahun Akhir (ZULU) akan memakai Planters berwarna bebas dan bertali leher.


                                                                                 LAPORAN TAHUNAN 2020   119
                                                                    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125