Laporan Tahunan UPNM 2020

40 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penarafan Universiti 4penarafan universiti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah memperoleh pelbagai kejayaan dan pencapaian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang tahun 2020. Antara kejayaan dan pencapaian cemerlang UPNM pada tahun 2020 adalah seperti berikut: Penarafan oleh Agensi Luar Sebagai sebuah universiti yang berstatus autonomi, UPNM terus mengekalkan prestasi dengan memperoleh Penarafan lima bintang dan kedudukan antara dua Universiti Awam (UA) tertinggi yang mendapat markah keseluruhan 100% bagi pencapaian data MyMoheS (Sistem Pengumpulan Data Universiti Awam) antara semua UA (Tahun 2019: UPNM mendapat lima bintang dengan markah 100%). Selain daripada itu, UPNM juga berjayamemperoleh tiga bintang bagi pencapaian data MyRA (Malaysia Research Assessment) (Tahun 2020: UPNM mensasarkan empat bintang dalam penarafan MyRA dengan peningkatan jumlah markah). Penarafan UPNM dalam Jurnal Berindeks SCOPUS yang berada di kedudukan 18 dari 123 institusi di seluruh dunia dalam bidang pertahanan. Kejayaan juga dilakar dengan mendapat Penarafan lima bintang bagi kategori ‘Emerging University’ untuk SETARA ’19. Penarafan Dalam Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan Walaupun berdepan dengan Pandemik COVID-19, namum para penyelidik di UPNM cekal bersemangat melakar kejayaan demi kejayaan di pelbagai peringkat. Perkara ini dibuktikan dengan pencapaian penyelidik UPNM yang telah mengambil bahagian dalam pameran Malaysia Technology Expo (MTE 2020) pada 20 - 22 Februari 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). UPNM berjaya meraih satu Best Award for Aviation and Transportation Category, tiga Pingat Emas, lima Pingat Perak dan satu Pingat Gangsa. Selain itu juga, UPNM turut memperoleh kejayaan dengan meraih tiga Pingat Emas, empat Pingat Perak, empat Pingat Gangsa dan satu Anugerah Merit dalam pertandingan Malaysia Technology Expo (MTE 2020) Special Edition (COVID-19 International Innovation Award). Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 40 07/03/2022 11:44 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz