Laporan Tahunan UPNM 2020

41 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penarafan Universiti Kejayaan ini diteruskan lagi dengan memenangi empat Anugerah Emas dan empat Anugerah Perak di pertandingan International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2020) (secara dalam talian). Penarafan Dalam Aktiviti Pelajar dan Sukan Semangat juang ini juga ditunjukkan dari kalangan pelajar dalam aktiviti pelajar dan sukan. Pencapaian sempat diraih dalam dua kejohanan yang dipertandingkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. UPNM mencatat kedudukan di tempat Ke-6 keseluruhan daripada 13 pasukan yang bertanding dalam Kejohanan Sukan Inter-Asasi Universiti Awam ‘Inter-Asasi Games 2020’ (IAG 2020) yang diadakan di UNIMAS, Sarawak pada 17 hingga 19 Januari 2020. UPNM meraih dua Pingat Emas (Bola Jaring dan Speak Takraw), satu Pingat Perak (Olahraga-100m Wanita) dan dua Pingat Gangsa (Futsal dan Olahraga-800m Lelaki). Selain itu, UPNM berjaya melakar pingat di Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Fasa 1 2020 yang diadakan di UiTM Cawangan Perlis pada 31 Januari hingga 6 Februari 2020 dengan memperoleh kedudukan tempat Ke-2 daripada 20 UA. Pencapaian yang amat membanggakan ini menyerlahkan lagi kebitaraan pelajar UPNM di kejohanan ini dengan berjaya memperoleh lapan Pingat Emas (6-Silat dan 2-Karate), empat Pingat Perak (2- Silat, 1-Karate dan 1-Taekwando) dan enam Pingat Gangsa (3-Silat, 2-Karate dan 1-Taekwando). Kebolehpasaran Graduan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Pada tahun 2020, UPNM berjaya memperoleh Dana Intervensi Kebolehpasaran Graduan KPT Tahun 2020 sebanyak RM546,000.00 kerana pencapaian peratusan Kebolehpasaran Graduan (Graduate Employbility - GE) UPNM antara yang tertinggi dalam Negara. Pencapaian Dalam Bidang Penerbitan UPNM juga telah berjaya meningkatkan kedudukan pada tahun 2020 dalam Penarafan UPNM dalam Jurnal Berindeks SCOPUS yang berada di kedudukan 18 dari 123 institusi di seluruh dunia dalam bidang pertahanan. Pengiktirafan Audit oleh Pihak Luar Meneruskan kejayaan ini, universiti telah berjaya memperoleh keputusan Audit Bersih daripada pihak Llyod’s Register bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 sejak penubuhannya pada tahun 2006. Selain itu, dari segi pencapaian bahagian kewangan pula, Jabatan Bendahari UPNM telah mendapat Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan UPNM 2019 daripada pihak Sijil Ketua Audit Negara. Manakala pencapaian jalinan kerjasama strategik korporat pula, UPNM telah memperoleh menjalinkan hubungan strategik korporat dengan 16 buah badan dan institusi dalam dan luar negara iaitu sebanyak Sembilan (9) Memorandum Persefahaman (MoU) dan tujuh (7) Memorandum Perjanjian (MoA). MoA dan MoU ini bertujuan mewujudkan kerjasama dalam bidang industri pertahanan dan keselamatan bagi maksud penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta akademik. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 41 07/03/2022 11:44 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz