Laporan Tahunan UPNM 2020

19 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Laporan Naib Canselor atas usaha gigih semua Fakulti/Pusat/Jabatan/ Bahagian, UPNM telah melakar pencapaian gemilang apabila memperolehi keputusan ‘Audit Bersih’ oleh pihak Lloyd’s Register Quality Assurance (LRQA) bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 yang juga merupakan pertama kali dalam sejarah sejak penubuhan UPNM. Pencapaian ini disusuli pula dengan kejayaan UPNM mengekalkan prestasi gemilang menerusi Penarafan Lima Bintang (Very Competitive) bagi kategori ‘Emerging University’ dalam sistem Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA’19). Tahun 2020 juga menyaksikan pemantapan serta pemerkasaan budaya kerja berkualiti tinggi dan berintegriti digabung jalinkan, beriringan dengan elemen inovatif dan kreatif yang telah sekian lama menjadi teras perkhidmatan warga UPNM. Dalam menentukan agenda kecemerlangan terus bersinambung, segala usaha terus digembleng untuk menyuburkan budaya kualiti serta persekitaran kerja yang menjunjung tinggi semangat permuafakatan, keterangkuman serta kecemerlangan dalam sanubari setiap warga sebagai asas dalam melunaskan amanah. Dalam hal yang sama, perihal peningkatan kompetensi setiap warga turut sentiasa menjadi keperluan mustahak dalam memastikan sumber manusia UPNM berada pada tahap kompetitif. Justeru, penekanan terhadap kursus-kursus kompetensi bagi warga kerja pentadbiran serta peluang pengajian bagi warga akademik terus distrategikan berasaskan kepada trajektori hala tuju UPNM. TAHUN 2020 PENUH CABARAN Penularan pandemik COVID-19 yang melanda seanteroduniatelahmenatijahkansituasi luarbiasa yangturutmembawacabaranbesarkepadaUPNM. Walau dalam keadaan yang sukar, UPNM terus berhasil memastikan penyampaian perkhidmatan utama sentiasa dalam keadaan terbaik. Sesuai dengan keperluan norma baharu dalam segenap ekosistem perkhidmatan UPNM, seluruh warga terus berusaha gigih dalam menyampaikan perkhidmatan menerusi pendekatan serta kaedah yang kreatif. Dalam konteks kesiapsiagaan universiti, Pengurusan Universiti melihat cabaran pandemik COVID-19 sebagai satu perspektif baharu yang membangkitkan tentang peri pentingnya pengukuhan daya tahan universiti untuk beradaptasi dengan sebarang situasi luar jangka. Dalam hal ini, Jawatankuasa Bertindak COVID-19 UPNM yang dipengerusikan oleh Naib Canselor telah berjaya mengemudi tadbir urus berdasarkan kepada prosedur operasi standard yang digariskan oleh pihak berwajib. Dalam tempoh ini, teras keutamaan pihak Pengurusan Universiti adalah bagi menentukan kesejahteraan seluruh warga sentiasa terpelihara. Tidak ketinggalan, UPNM juga turut memberikan sumbangan kepada pasukan barisan hadapan negara dalam mengekang penularan pandemik COVID-19. Sumbangan yang dihulurkan adalah dalam bentuk perkhidmatan kepakaran dan produk-produk perlindungan seperti cecair pembasmi kuman tangan, pelindung muka, dan sut Personal Protective Equipment (PPE). Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 19 07/03/2022 11:43 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz