Laporan Tahunan UPNM 2020

18 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Laporan Naib Canselor Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, kerana tahun 2020 telah berjaya diharungi dengan langkah berani, sekaligus menjelmakan pelbagai siri pencapaian yang begitu memberangsangkan bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Meskipun tahun 2020 terpaksa dilalui dalam persekitaran yang begitu mencabar serta penuh liku, namun iltizam jitu serta kesepakatan seluruh warga UPNM telah berjaya menzahirkan sinergi teguh dalam usaha menempatkan universiti ini di persada jaya. Ini dibuktikan menerusi pelbagai kejayaan serta pengiktirafan yang berjaya ditempa hasil kehebatan bakat warga dan mahasiswa UPNM. Ia turut memanifestasikan semangat waja seluruh warga dalam menyatukan matlamat universiti sebagai tunjang prakarsa sepunya yang diusahakan dengan begitu gigih. KejayaanUPNMsepanjang tahun 2020 semestinya juga adalah berkat sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh pihak Kerajaan, khususnya Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan yang sentiasa memberikan dorongan serta komitmen yang begitu tinggi. Tidak kurang juga, kerjasama erat daripada rakan-rakan Universiti Awam, Universiti Swasta, serta rakanrakan industri telah turut sama menyumbang 4laporan naib canselor dalam penghasilan momentum kecemerlangan UPNM. KELESTARIAN TADBIR URUS SISTEMATIK Perjalanan tadbir urus yang ditonggak oleh barisan Ahli Lembaga Pengarah Universiti serta Pengurusan Universiti telah berhasil meneruskan kesinambungan persekitaran pentadbiran yang cekap, sistematik dan berpegang teguh kepada prinsip good governance. Dengan dipacu oleh garapan idea kolektif yang diterjemahkan kepada perancangan strategi yang jelas, UPNM terus melangkah maju ke hadapan, terutamanya dalam membina upaya universiti untuk mengharungi dinamika dunia akademik dan keilmuan. Ia dirangkumkan di setiap peringkat termasuk aspek kualiti governan dan tadbir urus, akademik, pembangunan intelek, sahsiah dan kepimpinan mahasiswa, penyelidikan dan inovasi, pengurusan kewangan, hubungan strategik, dan pengantarabangsaan. Dalam menzahirkan hasrat dan aspirasi yang disasarkan, barisan Lembaga Pengarah Universiti serta Pengurusan Universiti terusmenakhodai usaha perluasan kapasiti UPNM mengikut acuannya yang tersendiri berdasarkan keperluan mutakhir. Ia diusahakan atas paksi dan landasan sebagaimana yang diamanahkan oleh para pemegang taruh. Berhasil daripada itu juga, Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 18 07/03/2022 11:43 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz