Laporan Tahunan UPNM 2020

173 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Perpustakaan f. Pemerkasaan pemulangan layan diri Sama seperti perkhidmatan peminjaman layan diri, perkhidmatan pemulangan layan diri turut diperkasakan. Tanpa mengira masa, pengguna yang mahu memulangkan bahan yang dipinjam boleh melakukannya menerusi Mesin Gelongsor Buku atau Bookdrop yang berada di luar premis perpustakaan. g. Akses koleksi kertas soalan dalam talian Akses ke atas koleksi kertas soalan dalam talian menerusi repositori elektronik perpustakaan telah diperkenalkan bagi membolehkan pelajar mengakses koleksi kertas soalan UPNM dari tahun-tahun sebelum ini bagi persediaan mengulangkaji dalam menghadapi peperiksaan secara dalam talian. h. Tempahan bahan menerusi “Click & Collect” Perkhidmatan “Click & Collect” telah diperkenalkan bagi membantu pengguna terutamanya yang berada di dalam kampus untuk membuat tempahan pinjaman bahan perpustakaan dengan mengisi borang yang disediakan. Staf Perpustakaan akan menghubungi pengguna setelah bahan sedia untuk dipinjam. i. Promosi bahan rujukan dalam talian menerusi “Click & Read” “Click & Read” adalah seleksi bahan-bahan dalam talian yang menjadi sebahagian daripada koleksi perpustakaan. Bahan-bahan ini akan dipromosi bagi membolehkan pengguna membaca dan membuat rujukan sepanjang proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan dalam talian dilakukan. j. Library@YouTube YouTube telah dijadikan platform bagi membolehkan pengguna melakukan rujukan terutama tatacara penggunaan alat-alat bantuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan seperti Turnitin, Mendeley dan pangkalan data. Video-video yang dimuatnaik boleh dirujuk pada bila-bila masa dan di mana sahaja. k. Subject Guides Subject Guides merupakan panduan yang disediakan oleh Perpustakaan bagi membantu pengguna mengetahui pangkalan data, jurnal dan alat-alat bantuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan yang boleh digunakan oleh mereka mengikut subjek atau bidang masing-masing. Panduan ini boleh diakses menerusi laman web Perpustakaan. AKTIVITI YANG DIANJURKAN PJTI a. Program “Read Me A Book: ASEAN-ROK is Reading” Program “Read Me a Book: ASEAN-ROK is Reading” merupakan satu program galakan membaca yang menggunakan mekanisme ‘’read aloud’’ atau ‘’storytelling’’ kepada kanak-kanak dan pencerita perlu memakai apron kuning. Program ini merupakan program kerjasama galakan membaca yang diterajui oleh National Library for Children and Young Adults (NLCY), Republik Korea dan 9 buah Perpustakaan Negara ASEAN iaitu Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam. PJTI bersama-sama dengan ahli Kelab Sahabat Perpustakaan (CLiB) tidak ketinggalan dalam memberi sokongan kepada program “Read Me a Book: ASEAN-ROK is Reading” ini. Seramai 20 orang pelajar UPNM telah meluangkan masa seharian di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan menjalankan pelbagai aktiviti membaca dan bercerita bersama kanak-kanak dan pengunjung lain di PNM pada 2 Februari 2020. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 173 07/03/2022 11:49 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz