Laporan Tahunan UPNM 2020

172 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Perpustakaan 4perpustakaan TAMBAH BAIK KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN Pandemik COVID-19 ternyata telah memberi kesan kepada pelbagai pihak di seluruh dunia termasuklah perpustakaan yang tidak terkecuali dalam memenuhi keperluan semasa mengikut norma baharu. Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (PJTI) sedar akan kepentingan perpustakaan dalam memastikan sokongan kepada proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan agar dapat terus dilaksanakan meskipun berhadapan dengan cabaran. Sejak Mac 2020, PJTI terus komited dalam memastikan perkhidmatan-perkhidmatan ditambah baik bagi memastikan sokongan kepada keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan secara dalam talian dapat berjalan dengan lancar. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah: a. Program literasi maklumat secara dalam talian Program literasi maklumat yang kebiasaannya dilakukan secara bersemuka telah dijalankan secara dalam talian bagi memastikan perkhidmatan rujukan dan pendidikan pengguna terus berjalan seperti biasa. Para pengguna boleh memohon tarikh dan masa yang bersesuaian atau mengikut jadual program yang telah ditetapkan. b. Lanjutan tarikh pemulangan bahan yang dipinjam Memahami kesukaran pengguna yang tidak dapat pulang ke kampus, pelanjutan tarikh pemulangan bahanyangdipinjamtelahdilakukansecaraautomatik.Tarikhpemulanganbahantelahdipanjangkan mengikut keperluan dan keadaan semasa. Namun, adalah menjadi tanggungjawab mereka dalam memastikan bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam berada dalam keadaan baik. c. Librarian@Whatsapp Menyedari keperluan komunikasi yang segera dan mudah, para pengguna kini boleh berhubung dengan Pustakawan menerusi aplikasi Whatsapp. Kemudahan ini membolehkan pengguna berhubung dengan pustakawan meskipun selepas waktu bekerja. d. Librarian@Telegram SelainWhatsapp, pengguna juga boleh berhubung dengan pustakawanmenerusi aplikasi Telegram. e. Pemerkasaan peminjaman layan diri Perkhidmatan peminjaman layan diri telah lama diperkenalkan. Namun, menyedari keperluan dan tanggungjawab dalammemutuskan rantaian COVID-19, perkhidmatan peminjaman layan diri telah dijadikan mandatori bagi pengguna yang mahu melakukan peminjaman. Ini secara tidak langsung telah mempromosi perkhidmatan layan diri dan turut menjaga keselamatan pengguna serta staf perpustakaan yang bertugas. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 172 07/03/2022 11:49 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz