Laporan Tahunan UPNM 2020

147 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penyelidikan dan Inovasi Sehingga kini, sebanyak 1000 botol Cecair Pembasmi Kuman (Hand Sanitizer), 500 unit 3D Printed Faceshield, dua (2) kotak Intubation Box dan 100 unit PPE telah diserahkan kepada Hospital Serdang, Hospital HAT MIZAN, Hospital Melaka, Hospital Angkatan Tentera Lumut, Klinik Kesihatan Cheras RSAT Kem Sg Besi dan sukarelawan Kementerian Kesihatan Malaysia. Cecair Pembasmi Kuman (Hand Sanitizer) turut diedarkan kepada staf dan pelajar UPNM. Pada masa sama, UPNM juga telah membangunkan satu aplikasi dikenali sebagai Covid-19: Malaysian Outbreak Situation Dashboard (MOSD). MOSD yang berfungsi untuk visualisasi kes COVID-19 melalui peta garis masa di seluruh negeri dan daerah di Malaysia. Ciptaan yang dihasilkan oleh Fakulti Kejuruteraan boleh membantu perancangan untuk pembasmian kuman di kawasan awam. Penyedianproduk-produk inovasi ini adalah komitmenberterusanUPNMuntukmewujudkanperkongsian kepakaran universiti membabitkan semua pihak termasuk staf dan pelajar agar dapat memberi manfaat kepada usaha melandaikan rantaian penularan virus Covid -19. UPNM sentiasa komited dalam usaha untuk memberikan bantuan dan sokongan penuh kepada Kementerian dan agensi-agensi lain dalam menangani penularan wabak Covid-19 melalui sumbangan produk dan perkhidmatan hasil daripada penyelidikan dan Inovasi UPNM sendiri. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 147 07/03/2022 11:49 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz