Laporan Tahunan UPNM 2020

146 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penyelidikan dan Inovasi SESI PERBINCANGANPROJEKPEMBANGUNANPRODUKADVANCEDAIRCRAFTSATELLITETRACKING SYSTEM BERSAMA PIHAK MARKAS TENTERA UDARA MALAYSIA Kumpulan penyelidik daripada Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan (CODRAT) telah dijemput pihak Markas Tentera Udara (MTU) untuk satu sesi perbincangan berkenaan kerjasama projek membangunan produk Advanced Aircraft Satellite Tracking System (AASTS). Turut hadir ke sesi ini adalah wakil-wakil daripada Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU), Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace TUDM (PUSPEKA) dan Directorate General Technical Airworthiness (DGTA). Objektif utama sesi ini dianjurkan adalah lanjutan daripada permohonan penyelidik CODRAT untuk mendapatkan bantuan daripada pihak Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) bagi urusan memperolehi pensijilanbagi produkAASTS. Pensijilan tersebut amat pentingbagi tujuanpengkomersilanproduk tersebut di masa hadapan dan ia merupakan sebahagian daripada keperluan geran projek Malaysia Laboratories for Academia - Business Collaboration (MyLAB) yang telah diperolehi oleh penyelidik CODRAT. Hasil sesi perbincangan ini, pihak sekretariat MTU bersetuju untuk membawa hasrat penyelidik CODRAT kepada pihak tertinggi TUDM untuk dinilai dan diperhalusi. BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI, UPNM SEDIAKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 Covid-19 telah memberi impak besar kepada perubahan keseluruhan kesihatan global yang mendorong Bahagian Penyelidikan Dan Inovasi, UPNM terlibat sama dalam pembangunan produk inovasi yang boleh digunakan barisan hadapan kita. Task force yang diketuai oleh Unit Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan (TTC), diberi cabaran masa yang singkat untuk merealisasikan pembangunan produk dan perkhidmatan berkaitan pandemik Covid-19. Sehingga kini UPNM telah membangunkan pelbagai produk hasil ciptaan staf UPNM termasuk dari segi reka bentuk dan teknologi serta kepakaran ilmu. Antara produk-produk yang disediakan adalah seperti Cecair Pembasmi Kuman (Hand Sanitizer), 3D Printed Faceshield dan Antifog Faceshield, Intubation Box, Kebuk Pembasmi Kuman (Disinfection Chamber), COVID-19 IoT Emergency Mechanical Ventilator, Termometer Arduino Boleh Pakai dan Berkos Rendah, Sut PPE, Sistem Perintah Kawalan Komunikasi Dan Koordinasi Anggota Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bagi Menangani Wabak Covid-19, Wearable Arduino Thermometer dan ChatBot for Covid-19. Semua produk dan perkhidmatan berkaitan pandemik Covid-19 ini dibangunkan sendiri oleh tenaga dalaman UPNM. Salah satu usaha dalam menanggani kekurangan bekalan Cecair Pembasmi Kuman (Hand Sanitizer), 3D Printed Faceshield dan Antifog Faceshield, Intubation Box, dan Sut PPE di pasaran tempatan pihak UPNM telah berjaya menghasilkan sendiri produk-produk ini dengan kepakaran penyelidik dari Pusat Asasi Pertahanan, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 146 07/03/2022 11:49 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz