Laporan Tahunan UPNM 2020

108 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Ketenteraan (1) Latihan Ketenteraan Umum (LKU). Latihan ini telah dilaksanakan oleh semua pegawai kadet di ALK dari tahun 1 sehingga tahun 5. Silibus pembelajaran dibentuk oleh cawangan Penilaian dan Pemantauan Latihan (P & PL) dan ianya diluluskan di peringkat MK ATM. LKU dilaksanakan setiap minggu pengajian dan cuti semester mengikut kepada keperluan kredit pengajian yang telah ditetapkan oleh pihak UPNM. LKU ini merangkumi seperti berikut: (a) Melaksanakan Latihan ketahanan mental dan fizikal. (b) Mengendalikan senjata kecil. (c) Melaksanakan Tugas Pentadbiran, Rejimental dan Anggota. (d) Melaksanakan Latihan Kawad. (e) Meningkatkan Kemahiran Individu. (2) Latihan Ketenteraan Perkhidmatan (LKP). LKP telah dilaksanakan oleh Pegawai Kadet mengikut perkhidmatan masing-masing. Terdapat tiga pusat latihan perkhidmatan yang terlibat iaitu Akademi Tentera Darat (ATD) - Perkhidmatan Darat, Kapal DiRaja Sultan Idris 1 (KDSI I) - Perkhidmatan Laut dan Kolej Tentera Udara (KTU) - Perkhidmatan Udara. LKP telah dilaksanakan bermula 31 Jan hingga 14 Feb 20 iaitu selama 4 minggu. Seramai 607 Pegawai Kadet telah mengikuti LKP Tahun 2020 yang melibatkan Pegawai Kadet Pengambilan 2018 bagi LKP 2 dan Pegawai Kadet Pengambilan 2019 bagi LKP 1. Penyata kekuatan Pegawai Kadet yang terlibat dengan LKP pada tahun 2020 adalah seperti di Jadual 39: Jadual 39: Penyata Kekuatan Pegawai Kadet Yang Terlibat Dengan LKP Pada Tahun 2020 Jadual 40: Penyata Pegawai Kadet Yang Menghadiri LKTA Bil. LKP Jumlah Perkhidmatan (a) 1. 2. (b) Darat (c) 131 218 349 Laut (d) 44 73 117 Udara (e) 59 82 141 LKP 1 LKP 2 Jumlah (f) 234 373 607 Bil. Jantina Jumlah Perkhidmatan (a) 1. 2. (b) Darat (c) 68 20 88 Laut (d) 30 11 41 Udara (e) 57 9 66 Lelaki Perempuan Jumlah (f) 155 40 195 (3) Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA).LKTA merupakan latihan akhir yang perlu dilaksanakan oleh semua Pegawai Kadet sebelumditauliahkan sebagai Pegawai Angkatan Tentera Malaysia. Latihan ini dilaksanakan selama 6 bulan di Pusat Latihan Perkhidmatan masing-masing. Pada tahun 2020, seramai 195 Pegawai Kadet telah menghadiri LKTA bermula 14 Disember 2020 hingga 11 Jun 2021. Penyata Pegawai Kadet yang menghadiri LKTA seperti di Jadual 40: Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 108 07/03/2022 11:47 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz