Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 93

92
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Kewujudan Akademi Latihan Ketenteraan di UPNM
adalah sebagai satu pasukan yang menyelaraskan
latihan kepada Pegawai Kadet dari tiga-tiga
perkhidmatan dan Pegawai Kadet PALAPES.
Selain daripada itu, ALK juga bertanggungjawab
mengkoordinasi latihan dengan pusat-pusat latihan
angkatan tentera dan agensi kerajaan yang lain.
ALK dibentuk menjadi badan perhubungan dan
informasi antara UPNM dengan Kementerian
Pertahanan dan segala polisi angkatan tentera akan
selari dengan tujuan sebenar penubuhan UPNM
iaitu sebagai sebuah universiti yang akan melahirkan
pemimpin yang berwawasan dan berkeyakinan.
Pada tahun 2012, Akademi ini masih lagi
mematuhi segala dasar dan polisi yang telah
digariskan sebagaimana tahun sebelumnya dalam
melaksanakan tanggungjawab yang merangkumi
kepada tiga aspek utama iaitu Perkara Pentadbiran,
Latihan dan logistik.
PENTADBIRAN
Keanggotaan
Pada tahun 2012, kekuatan keseluruhan anggota
Jurulatih dan Staf ALK adalah seramai 54 Pegawai
dan 163 Lain-Lain Pangkat seperti ditunjukkan pada
gambarajah 6.1.
Ketenteraan
Ketenteraan
Kekuatan Jurulatih dan Staf ALK tahun 2012
gambar rajah 6.1
1...,83,84,85,86,87,88,89,90,91,92 94,95,96,97,98,99,100,101,102,103,...172
Powered by FlippingBook