Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 100

99
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Ketenteraan
Anugerah Batalion Diraja UPNM
Kriteria untuk anugerah Batalion
Diraja
melibatkan
sistem
merit melalui kejayaan dalam
penglibatan sukan permainan dan
sukan ketenteraan, penglibatan
dengan aktiviti-aktiviti universiti,
pengurusan dan pentadbiran
pegawai Kadet di Batalion. Pada
tahun 2012, Batalion Lekir berjaya
memperoleh gelaran sebagai
Batalion Diraja.
Kedudukan Batalion Terbaik Pegawai Kadet UPNM Tahun 2012
gambar rajah 6.4
Ujian Kecergasan Jasmani
a.
Latihan Renang Pegawai Kadet
Latihan Renang sentiasa mengikut jadual renang yang dikeluarkan oleh Cawangan Jasmani. Hasil dari
latihan tersebut, ramai Pegawai Kadet yang telah berjaya dan lulus di dalam ujian yang dijalankan.
b.
Ujian Kecergasan Asas Pegawai Kadet (UKA)
UKA dilaksanakan sebanyak dua kali pada tahun 2012 iaitu pada Penggal Pertama dan Penggal Kedua.
Ujian ini bagi menentukan tahap kecergasan setiap Pegawai Kadet mencapai piawaian sebagaimana
yang telah ditetapkan.
c.
BMI Pegawai Kadet
Latihan intensif telah direncanakan khas kepada Pegawai Kadet yang mempunyai Body Mass Index
(BMI) melebihi kadar index 25. Latihan ini dijalankan pada setiap hari isnin hingga khamis jam 1730H
hingga 1900H.
d.
Latihan Jasmani dan Sukan Petang Jurulatih dan Staf
Latihan Jasmani bagi jurulatih adalah pada setiap hari Selasa dan Khamis mulai jam 0800 hingga jam
0900 dan bagi staf pula adalah pada setiap hari Rabu mulai jam 0700 hingga jam 0800.
Latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS)
Latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS) dilaksanakan pada setiap hari Jumaat mulai jam 1500 hingga jam 1800.
Tujuan latihan ini adalah untukmemastikan Pegawai Muda yang bakal dikeluarkan oleh Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia mempunyai kelayakan tali pinggang hitam TTS, mampu untuk mempertahankan diri dan
negara disamping memupuk semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi. Aktiviti TTS juga turut dikreditkan
ke atas setiap Pegawai kadet UPNM. TTS merangkumi latihan Taekwando yang diiktiraf oleh Majlis Sukan
Negara. Dengan adanya latihan TTS, UPNM mampu menambah pingat yang dianjurkan oleh Majlis Sukan
Universiti Malaysia (MASUM).
Untuk tujuan pembelajaran, Pihak Bahagian Pembangunan Latihan dan Ketenteraan (BPLK), UPNM telah
menjalin hubungan yang baik bersama Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT) yang bertempat
di Kem Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur. Hasil kerjasama yang telah dijalankan, silibus pembelajaran
yang diajar kepada Pegawai kadet UPNM adalah berdasarkan silibus PULAPOT dan kenaikan gred tali
pinggang juga diuji oleh Penguji yang berkelayakan dari PULAPOT dan Persatuan Taekwando Malaysia (WTF).
1...,90,91,92,93,94,95,96,97,98,99 101,102,103,104,105,106,107,108,109,110,...172
Powered by FlippingBook