Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 88

87
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Nama Aktiviti
Tarikh
Tempat
Penganjur
Jumlah Jemputan
: Sesi Penyerahan Nota Serah Tugas PNC NIEEd
: 10 Ogos 2012
: Bilik Viva, Tingkat 11, Bangunan Bestari, UPNM
: NIEEd
: 10 Orang
Antara kursus-kursus profesional jangka pendek yang yang dicadangkan kepada PERHEBAT adalah seperti
berikut:
a) Motivasi Keusahawan
Kursus ini akan memberikan pendedahan dan meningkatkan pemahaman dan motivasi peserta tentang
dunia keusahawanan. Kursus ini juga dapat meningkatkan keyakinan pesertamenjadi pencipta pekerjaan
dan bukannya pencari pekerjaan.
b) Rancangan Perniagaan
Kursus ini bertujuan untuk memahirkan peserta di dalam penyediaan Rancangan Perniagaan,
merangkumi aspek pemasaran, operasi, pengurusan, kewangan dan lain-lain aspek yang penting di
dalam perancangan sesebuah perniagaan.
c) Pengurusan Perniagaan yang Berkesan
Bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan yang lebih cekap dan
berkesan, terutamanya penting di dalam menentukan kejayaan sesebuah perniagaan di dalam dunia
perniagaan yang semakin mencabar.
d) Memperkembangkan Perniagaan
Kursus untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran serta strategi kepada peserta bagi tujuan
untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih besar dan tinggi.
SESI PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS PNC NIEEd
Taklimat penyerahan Nota Serah Tugas diadakan bersempena dengan perletakan jawatan serta perlantikan
baru Penolong Naib Canselor (PNC) NIEEd. Taklimat tersebut disampaikan oleh YBhg Brig Jen Prof. Dr.
Shohaimi bin Abdullah kepada PNC NIEEd yang baru iaitu YBhg Kol Prof. Ir. Dr. Norazman bin Mohamad Nor.
Sesi menandatangani Nota Serah Tugas telah disaksikan oleh Pengarah Program Akademik NIEEd (Lt Kol S.
Ananthan a/l Sunramaniam), Pengarah Pembangunan Profesional NIEEd (Prof. Madya Dr. Abdul Rahman
Shaik), Ketua Jabatan Pasca Siswazah (Lt Kol Ungku Azly bin Ungku Zahar, Penolong Pendaftar Unit Khidmat
Pengurusan (Pn. Mazlin binti Abdul Malek) dan turut serta staf-staf NIEEd.
1...,78,79,80,81,82,83,84,85,86,87 89,90,91,92,93,94,95,96,97,98,...172
Powered by FlippingBook