Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 167

166
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Prestasi Kewangan
Kadar susutnilai adalah seperti berikut:-
Bangunan & Pembaikan Bangunan
2%
Kemudahan/Infrastruktur
10%
Kenderaan
20%
Perabot & Buku teks untuk rujukan
20%
Alat Kelengkapan yang lain
25%
Keuntungan atau kerugian atas pelupusan hartanah,loji dan peralatan adalah ditentukan dengan
membandingkan perolehan dengan nilai dibawa harta di mana perbezaannya akan diambilkira
sebagai keuntungan atau kerugian dari operasi.
e. Manfaat Pekerja
i. Manfaat Jangka Pendek
Upah, gaji, bonus dan sumbangan keselamatan sosial dikira sebagai perbelanjaan dalam
tahun di mana perkhidmatan berkaitan diberikan oleh pekerja. Pengumpulan gantirugi jangka
pendek bagi ketidak hadiran seperti cuti tahunan bergaji akan diambilkira apabila perkhidmatan
diberikan oleh pekerja di mana hak mereka terhadap gantirugi ketidakhadiran di masa hadapan
akan meningkat dan gantirugi jangka pendek yang tidak dikumpulkan di atas ketidak hadiran
seperti cuti sakit akan dikira apabila ketidak hadiran berlaku.
ii. Manfaat Jangka Panjang
Pengumpulan jangka panjang ganjaran ketidakhadiran seperti cuti tahunan berbayar akan
diambilkira apabila perkhidmatan telah diberikan oleh pekerja yang mana telah meningkatkan
hak mereka ke atas ganjaran ketidakhadiran di masa hadapan.
iii. Pelan Sumbangan Terancang
Seperti diperuntukkan oleh undang-undang, semua perbadanan di Malaysia membuat
sumbangan kepada skim pencen, kumpulan wang simpanan pekerja. Sumbangan tersebut
diambilkira sebagai perbelanjaan di dalam Penyata Pendapatan apabila perbelanjaan tersebut
dilakukan.
f. Liabiliti Cukai Pendapatan
UPNM adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan atas pendapatannya dibawah perenggan
13 Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967 kecuali bagi pendapatan dividen.
g. Pembinaan dalam kemajuan
Pembinaan dalam kemajuan yang dilakukan oleh Universiti akan dimodalkan dalam hartanah,
loji dan peralatan setalah pendapat sijil perakuan layak menduduki (certificate of fitness (CF)).
Susutnilai tidak dikenakan ke atas bangunan yang masih dalam pembinaan.
h. Pemiutang
Sipiutang dinyatakan pada kos iaitu nilai saksama jumlah yang akan dibayar pada masa depan
untuk belian dan perkhidmatan yang diterima.
i. Tunai dan Tunai Setara
Penyata aliran tunai telah disediakan menggunakan kaedah tidak langsung. Tunai dan tunai setara
terdiri daripada tunai di tangan dan di bank dan simpanan tetap dengan bank berlesen dan
institusi kewangan yang mempunyai kecairan tinggi yang mana tidak mempunyai risiko ketara
dalam perubahan nilainya.
1...,157,158,159,160,161,162,163,164,165,166 168,169,170,171,172
Powered by FlippingBook