Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 166

165
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Prestasi Kewangan
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN - 31 DISEMBER 2012
1.
MAKLUMAT UMUM
a. Penubuhan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera
Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang menjalankan program pengajian
diperingkat SarjanaMuda dan latihan ketenteraan kepada pegawai kadet Angkatan TenteraMalaysia
(ATM). Pada 10 November 2006 ATMA telah diwartakan sebagai UPNM melalui warta kerajaan P.U
.(A) 400 bertarikh 9 November 2006.
b. Aktiviti Utama
UPNM adalah sebuah Universiti yang mengkhusus dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi
Pertahanan yang dapat diaplikasi kepada aset pertahanan Negara seperti kapal tentera laut,
pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
c. Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2012 telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah
Universiti melalui Resolusi Pekeliling bertarikh
2.
DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING
a. Asas Perakauanan
Penyata Kewangan UPNM disediakan berdasarkan konvensyen kos sejarah dan mengikut piawaian
perakaunan Private Entity Reporting Standards (PERS) yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian
Perakaunan Malaysia (MASB) dengan pengubahsuaian dibuat mengikut kesesuaian peruntukan
yang telah ditetapkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1997.
b. Pengiktirafan Pendapatan
i. Geran Kerajaan untuk belanja mengurus diambilkira sebagai pendapatan dalam Penyata
Pendapatan mengikut asas pengakruan. Geran Kerajaan untuk projek pembangunan diiktiraf
sebagai Geran Kerajaan Tertunda dan dilunaskan mengikut susutnilai projek yang telah siap,
aset yang dibeli dan belanja pakai habis.
ii. Pendapatan Faedah dan Dividen
Pendapatan faedah dan dividen diiktiraf berasaskan akruan. Faedah simpanan tetap daripada
Tabung akan diagihkan sebagai pendapatan tabung-tabung berkenaan, sekiranya pelaburan
dibuat dari peruntukan tabung tersebut. Bagi pelaburan simpanan tetap yang lain, pendapatan
diambilkira dalam Penyata Pendapatan.
iii. Pendapatan dari yuran dan lain-lain pendapatan tidak ada arahan amanah khusus dianggap
sebagai pendapatan Universiti.
iv. Yuran pengajian perlu dibayar setiap semester. Hanya yuran semester yang berkaitan dengan
tahun kewangan semasa diambil kira sebagai pendapatan.
c. Hartanah, Loji dan Peralatan
Hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos setelah ditolak susutnilai terkumpul kecuali bagi
tanah milik bebas. Pembelian harta modal yang berharga RM3,000 dan keatas bagi setiap unit
manakala pembaikan bangunan yang kosnya melebihi RM50,000 akan dipermodalkan.
d. Susutnilai
Susuitnilai Hartanah, Loji dan Peralatan dikira mengikut kaedah garis lurus berdasarkan jangkaan
hayat aset berkenaan dan dikenakan kepada kumpulan masing-masing. Tanah hak milik bebas
tidak dilunaskan.
1...,156,157,158,159,160,161,162,163,164,165 167,168,169,170,171,172
Powered by FlippingBook