Page 72 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 72
Hal Ehwal Akademik
Kementerian Pendidikan Tinggi – Pensijilan Profesional (KPT - PACE)
UPNM telah berjaya memperoleh Geran Program Penjana KPT - PACE yang berjumlah
keseluruhan adalah sebanyak RM1,526,400.00 seperti di Jadual 12.
Jadual 12: Geran Program Penjana KPT - PACE
Bil. Nama Program Kos/ Peserta (RM) Jumlah Peserta
1. Empowering Graduates with Power BI 3,000.00 100
2. Program Pensijilan Peningkatan Komunikasi 2,500.00 250
dalam Bahasa Inggeris di Universiti Awam
3. Profesional untuk Keselamatan Siber EC- 3,000.00 40
Council Certified Ethical Hacker (CEH)
4. Microsoft Azure Fundamentals and Administrator 3,000.00 25
5. Kursus The Chartered Institute of Logistics and 3,000.00 54
Transport
6. Certified Hacking Forensic Investigator 3,000.00 60
7. BIM Proficiency Training 1,610.00 40
Program Mobiliti Pelajar
Program Mobiliti Pelajar adalah salah satu program universiti untuk memastikan agenda
pengantarabangsaan dapat dicapai. Pelbagai faedah dapat dicapai oleh pelajar universiti dan
negara. UPNM telah merekodkan pencapaian memberangsangkan dari segi bilangan pelajar
keluar (outbound) dan masuk (inbound) dalam universiti melalui Program Mobiliti Pelajar.
Program Eat, Love & Pray: Living Diversity in Indonesia di Universitas Pendidikan Indonesia
Dua (2) orang pelajar UPNM terlibat Program Eat, Love & Pray: Living Diversity in Indonesia di
Universitas Pendidikan Indonesia pada 15 - 28 Januari 2023. Program ini dijalankan secara dalam
talian pada 15 sehingga 21 Januari 2023 dan secara bersemuka pada 22 sehingga 28 Januari
2023.
Semester Inbound Mobility di Universiti Pendidikan Indonesia (UPI)
UPI telah menjemput pelajar UPNM untuk menyertai program Semester Inbound Mobility
(SIM UPI ) di mana pelajar akan menjalani pembelajaran di UPI selama satu (1) semester bermula
pada 14 Mac sehingga 24 Jun 2023. Seramai enam (6) orang pelajar yang terlibat dalam program
ini.
Laporan Tahunan 2023
72 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia