Page 97 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 97
Mahasiswa Berkualiti
Setiap pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah diwajibkan membentangkan kemajuan penyelidikan
masing-masing (satu kali untuk pelajar Sarjana dan dua kali untuk pelajar Doktor Falsafah
sepanjang pengajian) dan ini merupakan salah satu syarat untuk bergraduat. Setiap pembentangan
akan dinilai oleh pakar yang dilantik dalam bidang masing-masing.
Kursus dan Bengkel Pusat Pengajian Siswazah (PPS)
PPS telah menganjurkan Kursus Metodologi Penyelidikan untuk pelajar pascasiswazah. Kursus
ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan asas-asas penyelidikan,
meningkatkan kemahiran dalam kaedah penyelidikan dan meningkatkan kecekapan dalam
analisis data. Kursus Metodologi Penyelidikan ini dibahagikan kepada empat kluster utama dan
dijalankan sepenuhnya secara atas talian melalui microsoft Teams. Senarai kursus yang diadakan
sepanjang tahun 2022 adalah seperti di Jadual 11:
Jadual 11: Senarai Kursus Sepanjang Tahun 2022
Bil. Kursus Tarikh
Kursus Metodologi Penyelidikan Siri 1/2022 (Kluster 04 Jun - 24 Julai 2022
Kejuruteraan dan Teknologi, Sains, Matematik dan Sains
Komputer)
1.
Kursus Metodologi Penyelidikan Siri 1/2022 (Kluster Sains 04 Jun - 24 Julai 2022
Sosial dan Pendidikan)
Kursus Metodologi Penyelidikan Siri 2/2022 (Kluster 15 Oktober - 16 November 2022
Kejuruteraan dan Teknologi, Sains, Matematik dan Sains
Komputer)
2.
Kursus Metodologi Penyelidikan Siri 2/2022 (Kluster 15 Oktober - 16 November 2022
Sains Sosial dan Pendidikan)
Selain itu juga, PPS turut menganjurkan beberapa bengkel untuk tujuan pemantapan tadbir urus
dan akademik PPS. Senarai bengkel yang diadakan sepanjang tahun 2022 adalah seperti di
Jadual 12:
Jadual 12: Senarai Bengkel Sepanjang Tahun 2022
Bil. Kursus Tarikh
1. Bengkel Pemurniaan Kod NEC 2020 (Pusat Marin, 17 Jun 2022
UPNM)
2. Bengkel #SOFTWARETHESES (Dewan Bestari, UPNM) 15 Julai 2022
3. Bengkel “Effective Postgraduate Supervision Workshop” 19-21 September 2022
(ILD UiTM, Bandar Enstek, Negeri Sembilan)
96 LAPORAN TAHUNAN 2022
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia