Page 75 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 75

Mahasiswa Berkualiti

                                                                                   MAHASISWA BERKUALITI


              BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK (BPA)

              Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) telah ditubuhkan selari dengan penubuhan Universiti
              pada  tahun  2007.  Objektif  penubuhan  BPA  adalah  untuk  memastikan  urusan  pengambilan
              dan  kemasukan  pelajar,  pendaftaran  kursus,  maklumat  rekod,  peperiksaan  dan  pengijazahan
              diuruskan dengan berkesan seiring dengan matlamat dan objektif Universiti. BPA juga merupakan
              bahagian yang bertanggungjawab dalam menyelaras dan melaksanakan segala dasar berkaitan
              hal ehwal akademik di UPNM dan menjadi urus setia bagi Mesyuarat Senat Universiti. UPNM
              ditubuhkan  bagi  melahirkan  graduan  tentera  dan  awam  untuk  keperluan  keselamatan  dan
              pertahanan negara.

              PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
              Pada tahun 2022,  terdapat tiga Program Asasi Pertahanan, 18 Program Sarjana Muda dan empat
              Program Diploma yang ditawarkan di UPNM. Maklumat program tersebut adalah seperti berikut:
              1.  Program Pengajian Asasi Pertahanan
                  4  Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Z0470)
                  4  Asasi Pengurusan dan Strategi (Z0220)
                  4  Asasi Perubatan (Z0080)

              2.  Program Pengajian Diploma
                  4  Diploma Pentadbiran Perniagaan (Z2229)
                  4  Diploma Pengurusan Logistik (Z2280)
                  4  Diploma Kecergasan Pertahanan (Z2038)
                  4  Diploma Tahfiz dan Tafsir Al-Quran (Z2701)
              3.  Program Pengajian Sarjana Muda
                  4  Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) (ZC00)
                  4  Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas) (ZC20)
                  4  Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer) (ZC27)
                  4  Sarjana Muda Penyelidikan Operasi dengan Sains Data (ZC33)
































                74    LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80