Page 4 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 4

Sejarah Penubuhan

                 SEJARAH PENUBUHAN



                                                               Sejarah  Universiti  Pertahanan  Nasional
                                                               Malaysia     (UPNM)      bermula     dengan
                                                               penubuhan     Akademi     Tentera   Malaysia
                                                               (ATMA)  pada  1  Jun  1995  sebagai  organisasi
                                                               yang     bertanggungjawab       menjalankan
                                                               program  pengajian  di    peringkat  Sarjana
                                                               Muda  dan  latihan  ketenteraan  kepada
                                                               Pegawai      Kadet     Angkatan      Tentera
                                                               Malaysia  (ATM).  Peranan  ATMA  kemudian
                                                               diperluaskan  melalui  naik  tarafnya  sebagai
                                                               sebuah  universiti  yang  diwartakan  pada
                                                               10 November 2006.
                                                               Di    samping     memperolehi      kelayakan
                                                               profesional, semua Pegawai Kadet ditauliahkan
                                                               sebagai  Pegawai  ATM  dan  mereka  bakal
                                                               berkhidmat  dalam  Tentera  Darat  Malaysia,
                                                               Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara
                                                               Diraja Malaysia. Manakala bagi pelajar awam
                                                               yang  bergraduat  mereka  bakal  menceburi
                                                               perkhidmatan  beruniform  yang  lain  seperti
                                                               Agensi  Penguatkuasaan  Maritim  Malaysia
                                                               (APMM),  Polis  Diraja  Malaysia  (PDRM),
                                                               Jabatan  Kastam  Diraja  Malaysia,  Jabatan
                                                               Imigresen  Malaysia  dan  perkhidmatan  awam
                                                               serta  sektor  swasta,  terutama  dalam  bidang
                                                               industri pertahanan dan keselamatan negara.
                                                               Di  samping  Pusat  Asasi  Pertahanan,  UPNM
                                                               telah  menubuhkan  empat  buah  fakulti  iaitu
                                                               Fakulti  Kejuruteraan,  Fakulti  Sains  dan
                                                               Teknologi  Pertahanan,  Fakulti  Pengajian
                                                               dan  Pengurusan  Pertahanan  serta  Fakulti
                                                               Perubatan dan Kesihatan Pertahanan.
                                                               Program akademik yang ditawarkan di fakulti-
                                                               fakulti  adalah  setanding  dengan  Universiti
                                                               Awam (UA) dalam dan luar negara. Program-
                                                               program  ditawarkan  oleh  UPNM  menarik
                                                               minat  bakal  pelajar  kerana  ia  melibatkan
                                                               pengajian  dalam  bidang  pertahanan  dan
                                                               keselamatan.  Pengetahuan  dan  kemahiran
                                                               yang  diperolehi  boleh  diaplikasi  kepada
                                                               pengurusan  pertahanan  dan  keselamatan
                                                               negara, di samping dapat diaplikasikan dalam
                                                               sektor  perindustrian  yang  berteraskan  sains
                                                               dan teknologi.




                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  3
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   1   2   3   4   5   6   7   8   9