Page 150 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 150

Ketenteraan

                 4.  Pegawai Kadet. Dalam menyediakan Pegawai Kadet yang berilmu dan berketerampilan,
                     ALK telah dipertanggungjawabkan untuk melatih seramai 1,179 Pegawai Kadet dari setiap
                     jurusan  yang  ditawarkan  di  UPNM.  Kesemua  Pegawai  Kadet  ditempatkan  dalam  lapan
                     Kompeni  bagi  memudahkan  sistem  pemantauan  dan  pentadbiran.  Penyata  keseluruhan
                     Pegawai Kadet mengikut Perkhidmatan dan Kompeni adalah seperti di Jadual 26.

                  Jadual 26:        Penyata Keseluruhan Pegawai Kadet Mengikut Perkhidmatan dan Kompeni


                    Perkhidmatan/       Darat       Laut       Udara       THTC        Jumlah      Jumlah
                       Kompeni         L     P     L     P     L    P     L     P      L     P

                      Hang Tuah        63    7     16    1    21    4    100    12    100    12      112
                      Hang Jebat       59    5     14    3    25    2     98    10    98     10      108
                     Hang Kasturi      61    7     17    1    21    2     99    10    99     10      109
                      Hang Lekir       60    6    20     1    21    6     101   13    101    13      114
                      Hang Lekiu       62    10    19    3    19     1   100    14    100    14      114
                     Hang Nadim        62    9    20     1    22     1   104    11    104    11      115
                      Tun Perak        66    7     18    2    19    3    103    12    103    12      115
                       Tun Teja        62    6     19    2    24    3    105    11    105    11      116
                        LKTA          140    9     41    9    50    12   231    30    231    30      261
                        THTC           13    0     0     0     2    0     15    0     15     0       15
                       JUMLAH            715         207        258         1179         1179       1179


                 5.  Sistem Pentadbiran Kompeni.
                     i)  Sistem Pentadbiran Kompeni. Dalam meningkatkan mutu pemantauan dan pentadbiran
                        pegawai  kadet,  sistem  pentadbiran  kompeni  telah  diperkenalkan  pada  penghujung
                        tahun 2017. Melalui sistem ini, pegawai kadet dari tahun 1 hingga tahun 5 diletakkan
                        bersama  dalam  satu  kompeni  yang  dipertanggungjawabkan  kepada  seorang  Ketua
                        Kompeni berpangkat Mejar Setaraf, seorang pegawai berpangkat Kapt Setaraf dan lima
                        orang Jurulatih berpangkat PW 2/SSjn/Sjn/Kpl Setaraf. Secara amnya, jurulatih kompeni
                        bertanggungjawab memastikan tahap disiplin pegawai kadet di kompeni sentiasa berada
                        di tahap yang tinggi serta menentukan kebajikan pegawai kadet diurus dengan baik.

                     ii)  Sistem  Pemegang  Pangkat.  Sistem  Pemegang  Pangkat  Pegawai  Kadet  telah  lama
                        diwujudkan bagi membantu Jurulatih mengawal dan menyelia Pegawai Kadet di setiap
                        Kompeni. Pada tahun 2022, seramai 66 Pegawai Kadet telah dilantik sebagai Pegawai
                        Kadet Pemegang Pangkat seperti senarai berikut:
                        (1)  Pegawai Rendah Kanan Briged (PRKB)




                                       No. Pangkat dan Nama  :  376001  PRKB  Mohamad  Nasyran  bin
                                                                 Zailan
                                       Kompeni                 :  Kompeni Hang Nadim
                                       Pengambilan             :  Tahun 2019
                                       Jurusan                 :  Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan
                                                                 Elektronik (FKJ)










                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  149
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155