Page 29 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 29

Petunjuk dan Laporan Prestasi Utama (KPI) Menteri

                 (v)  Mendapat  kedudukan  ke-2  antara  UA  seluruh  negara  dengan  jumlah  96.9%  bagi
                     kadar  Kebolehpasaran  Graduan,  UPNM  untuk  tahun  2021  (Tahun  2020:  UPNM
                     mendapat peratusan sebanyak 95%)
                 (vi)  Mendapat kedudukan yang ke-29 daripada 374 institusi dalam negara bagi penarafan
                     WEBOMETRICS;
                 (vii) Memperoleh keputusan Audit Bersih daripada pihak LRQA dan berjaya mengekalkan
                     pensijilan  tiga  tahun  bagi  pelaksanaan  Sistem  Pengurusan  Kualiti  (SPK)  MS  ISO
                     9001:2015 di seluruh kampus;
                 (viii) Mendapat Sijil Audit Bersih Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan UPNM
                     bagi tahun berakhir 31 Disember 2020 (Tahun 2019: UPNM juga mendapat Sijil Audit
                     Bersih);

                 (ix)  Mendapat penarafan 5 bintang bagi pengurusan data HRMIS tahun 2020 (Tahun
                     2019: UPNM kali pertama memperoleh penarafan lima bintang).

                 (x)   Mendapat Sijil Bersih bagi Majlis Bersama Jabatan (MBJ) pada tahun 2020.
                 (xi)  Mendapat Sijil Penarafan Semula Risiko Rasuah oleh Unit Integriti dengan Penarafan
                     Risiko Sederhana bagi tahun 2020.

                 (xii) Kedudukan UPNM yang ke-22 dalam ‘Malaysian Patent Applicants’ dalam kejayaan
                     menghantar permohonan Paten bagi produk-produk penyelidikan yang dilaksanakan
                     oleh para pensyarah dan pelajar UPNM.
                 (xiii) Kejayaan  UPNM  memperoleh  geran  sebanyak  RM802,816.40,  dan  RM1,078,700.00
                     bagi pelaksanaan Program Geran Dana Penjana KPT CAP 2021 yang melibatkan
                     kelulusan lima Program Latihan dan Penempatan Pekerjaan bagi meningkatkan lagi
                     kualiti dan peratusan Kebolehpasaran Graduan UPNM.
              3.  Beberapa orang warga UPNM juga telah berjaya memperoleh pengiktirafan dari dalam
                 dan luar negara, antaranya:
                 (i)    Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi telah dilantik sebagai Profesor
                        Pelawat oleh Kolej Universiti Yayasan Pahang mulai 14 Februari 2019 hingga 13
                        Februari 2021. Beliau juga telah dilantik sebagai Young Professional Committee,
                        dan Council Member oleh The Chartered Institute of Logistics and Transport pada
                        tahun 2019 sehingga 2021;
                 (ii)   Prof.  Emeritus  Dato'  Dr.  Wan  Md  Zin  bin  Wan  Yunus  dilantik  sebagai  Profesor
                        Emeritus oleh Universiti Putra Malaysia dalam bidang Sains dan Teknologi mulai
                        tahun 2016 hingga kini. Beliau juga dilantik sebagai Felo di Akademi Sains Malaysia
                        dalam bidang Analytical and Polymer Chemistry mulai 2015, Felo di Institut Kimia
                        Malaysia dalam bidang Kimia mulai 2013 dan Felo di International Union of Pure
                        and Applied Chemistry dalam bidang Kimia mulai 2011 hingga kini;
                 (iii)   Prof. Emeritus Dato' Ts. Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok telah dilantik sebagai
                        Profesor Emeritus oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sains dan
                        Teknologi  mulai  tahun  2015  hingga  kini.  Beliau  juga  dilantik  sebagai  Profesor
                        Adjung di UNITAR dalam bidang Sains Komputer dan di eAsia University dalam
                        bidang yang sama mulai 2012 hingga kini. Selain itu, beliau turut dilantik sebagai
                        Felo Akademi Sains Malaysia dalam bidang Information Retrieval (Search Engines),
                        Information Systems, Natural Language Processing, Strategic Information System
                        Planning,  Multimedia  dan  Artificial  Intelligence  mulai  2018,  Felo  di  Malaysian
                        Scientific Association dalam bidang Sains Komputer dan Felo di British Computer
                        Society (BCS) mulai 2011 hingga kini;
                 (iv)   Prof. Ir. Dr. Mohammed Alias bin Yusof telah dilantik sebagai Fellow di Institute for
                        Engineering Research and Publication pada 29 Jun 2019 sehingga 28 Jun 2021;

              28   LAPORAN TAHUNAN 2021
                   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34